loading...

Anak Layan Makan Sampai Habis, Keropok Sayur, Finger Food Terbaik Buat Anak!

Anak-anak yang sedang membesar perlukan makanan seimbang. Kudapan berbentuk rangup antara makanan yang cukup disukai anak-anak kita. Ambil peluang kegemaran ini dengan menyediakan keropok sayur buat anak-anak kita. Biar anak pegang sendiri, barulah timbul seleranya. Malah khasiat sayur pun anak-anak dapat.

Aneka resipi finger food dari Puan Umairah Jamaah ini ibu boleh cuba dirumah. Bukan hanya sayuran hijau sahaja, bahkan ubi-ubian berbentuk keledek dan kentang juga mampu menarik perhatian anak. Sedap.

Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea. Nak sediakan kudapan untuk anak-anak. Kak Mai sangat memahaminya sejak join kelab mak-mak.
Anak-anak suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama. Perut diorang mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.

Nah ini dia beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan. Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.

Ini bahan-bahan yang biasa Kak Mai guna sebagai salutannya.

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun)
1/2 cawan air
* Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.

Jom scroll menu kudapan yang ada. Lobak merah. Sedap tau. Manis-manis rasa dia.

Sayur sawi. Dah jadi keropok aishh sedap la pulak.

Cendawan enoki nama diberi. Yang ini kena gunting-gunting sikit. Bagi anak mudah kunyah. Risau tercekik. Bila panjang sangat. Rangup tau.

Terung kaya dengan anti oksidan.

Serius sedap labu bila digoreng begini guys. Manis! Labu sangat bagus untuk sistem penghadaman. Baik untuk kecacingan.

Bayam.

Peria. Walaupun pahit. Tapi anak-anak Kak Mai suka weh.

Kita bancuh begini. Suka ‘coating’ tipis saja.

Previous
Next Post »
loading...