loading...

NFDP : Tiada pelatih akan tercicir , jaminan Menteri Belia dan Sukan

SERDANG, 21 Okt — Masa depan pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kini lebih terjamin selepas hala tuju yang jelas merupakan antara sembilan inisiatif baharu NFDP dalam menambah baik agenda sedia ada pada program tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata, satu kerjasama bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan dirangka bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelatih selepas keluar pada usia 17 tahun.

Menurutnya, inisiatif tersebut amat penting untuk menjaga kepentingan pelatih dan persatuan negeri selain untuk mengelakkan pelatih tercicir daripada mendapat peluang sebaiknya.

Antara inisiatif tersebut ialah peluang melanjutkan pengajian di universiti, memperkasakan program pembangunan bola sepak wanita, penubuhan akademi peringkat zon, pemerkasaan bidang kejurulatihan dan pembangunan akar umbi.

Selain itu, penekanan terhadap sains sukan dan perubatan sukan serta pencarian bakat di setiap negeri, katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Memperkasakan NFDP, di sini, hari ini.

NFDP, yang dilancarkan pada 2014 dengan tujuan melahirkan pemain bertaraf dunia, kini mempunyai lebih 25,000 pelatih seawal usia 12 tahun yang menjalani latihan di pusat NFDP seluruh negara, termasuk lebih 200 pelatih elit berpangkalan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Kuantan.

— BERNAMA

Ligakampung.com gembira mendengar jaminan Menteri.. Secara jujurnya, kami tidak merasakan semua akan ada tempat dalam lapangan sukan bola sepak ini. Pasti ada yang akan tercicir namun diharap peratusannya akan rendah berbanding sebelum ini dimana program seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil yang tidak menjamin masa depan pelajar-pelajarnya terutama selepas mereka mengalami kecederaan yang tidak memungkinkan mereka bermain lagi..

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...