loading...

Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual, Muntah & Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil

Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?

Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia. Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah tak ada benda yang boleh dikeluarkan dari perut.

Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Perkongsian dari Ezan Zulaika mengenai caranya meredakan rasa mual, muntah, perut tak selesa dan berangin ketika mengandung mungkin boleh dicuba oleh ibu yang turut mengalami situasi sama.

Ezan kongsi kepada ibu yang tengah morning sickness tu. Boleh cuba juicing untuk redakan alahan.

Redakan ye bukan hilangkan terus. Sebab alahan ini ada masa datang dan pergi. Kadang hari ini ok esok pula tak ok, jadi tu normal untuk ibu yang mengandung. Kalau tak tahan sangat pergilah hospital.

Pengalaman Ezan sejak kandungan masuk 12 minggu kerap rasa perut tak selesa, dua hari dah minum air suam halia tapi still rasa tak best kat bahagian perut. Berangin sebu kadang rasa nak muntah keluar angin sahaja.

Di sini saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa mual dan perut tak selesa ketika mengandung.

Pertama guna buah oren 2 biji, Ezan beli oren yang tiada biji kalau ada biji buang biji buah tu kalau tak pahit nanti.

Gunakan halia muda sedikit, 3 sudu besar gula dan air 1 1/2 cawan..Ezan tak ada slow juicer jadi guna je blender biasa. Kisar sampai halus dan tapis..Kalau tak tapis pun tak apa. Boleh terus letak ais dan terus minum.

Kalau tak nak gula boleh gantikan madu atau stevia. Untuk ibu GDM sebaiknya jangan letak gula lagi bagus.

Lepas ni kalau rasa tak sedap badan boleh terus kisar dan simpan dalam peti, rasa tak sedap badan je boleh terus minum je. Rasa jus ni macam masam+mint sikit tapi sedapp..
Perut terus rasa lapang mual insya ALLAH akan hilang.

Sumber: Ezan Zulaika

Previous
Next Post »
loading...