loading...

Hup Wei, Farah Ann raih anugerah di Majlis Sukan Bukit Jalil

Dua atlet negara yang telah mengharumkan nama negara iaitu atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei dan gimnas Farah Ann menerima pengiktirafan khas pada Majlis Anugerah Gemilang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebentar tadi.

Kedua-dua atlet ini yang merupakan bekas pelajar SSBJ menerima anugerah cemerlang bersama seorang lagi atlet negara di dalam bidang tejun, Leong Mun Yee.

Farah Ann menerima anugerah atas kejayaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara merit manakala Hup Wei pula selepas berjaya menjadi atlet lompat tinggi pertama Malaysia yang layak beraksi dalam final Kejohanan Dunia pada awal bulan ini.

Selepas ini, kedua-dua atlet mempunyai misi untuk mengondol pingat emas dalam acara masing-masing di Sukan SEA pada bulan November ini.

“Saya tidak sangka akan meraih anugerah ini. Buat pemain muda, mungkin ia bagus,” ujar Hup Wei.

“Sekarang saya sedang mengikut perancangan Sukan SEA. Mungkin akan memulakan persiapan dari dalam dewan.”

“Sebenarnya, mereka menjemput saya untuk hadir menyaksikan majlis anugerah. Saya sangat berterima kasih kepada SSBJ kerana di sini lahirnya saya dalam sukan. Sekarang, saya hanya menanti saingan Sukan SEA dan untuk tahun depan, masih belum ada sebarang perancangan,” tambah Farah Ann.

Sumber :- Stadium ASTRO

Pengiktirafan kedua-dua atlet ini memang bertepatan serta membuktikan Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan tempat untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia.

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...