loading...

Tak Salah Bagi Anak Jajan, Tapi Kena Banyakkan Makan ‘Real Food’ Yang Lain. Baru Pelbagai!

Baru-baru ini tular seorang lelaki membuang makanan ringan yang dianggap ‘fake food’ ke dalam tong sampah. Tindakan lelaki tersebut mengundang rasa tidak senang warga net dengan perbuatan yang dianggap satu contoh yang tidak baik selain menyinggung perasaan tuan rumah.

gambar hiasan

Terpanggil untuk memberi respon kepada tindakan lelaki tersebut, ahli kimia Fatimah Salim tampil dengan perkongsian yang menarik tentang makanan yang dianggap ‘fake food’ oleh lelaki tersebut.

CERMIN SIKAP KITA

Saya pelik dengan sesetengah ibu bapa yang sangat obsess dengan so called ‘real food’ yang kononnya bebas daripada bahan kimia. Ingat, tiada satu pun benda dalam dunia ini yang bebas bahan kimia. Bezanya hanya bahan kimia bahaya atau tidak. Dan yang mana melibatkan makanan, yang bahaya itu juga subjektif kepada individu. Contoh garam (bahan kimia natrium klorida- NaCl) mungkin bahaya untuk anda sebab anda ada penyakit darah tinggi, tapi tidak untuk saya.

 Sikap macam ni boleh jadi punca kurang simpati dan empati pada anak-nak

Begitulah…

Ya betul. Anda mempunyai hak sepenuhnya terhadap anak. Kalau anak yang sakit, anda yang kena jaga. Namun, tidak perlu ‘up status’ di FB. Pergi jumpa dengan mereka yang memberikan itu. Dan jika sikap anda menjadi buah mulut, maka anda kena belajar berpijak di bumi yang nyata.

Kita dan anak-anak hidup dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Tanpa kita sedar, sikap seperti inilah punca kepada kurangnya simpati dan empati yang diterap dalam diri anak-anak. 

Badan perlukan makanan yang pelbagai, nak elak berhadapan penyakit berkaitan sensitiviti makanan

 Saya bukan nak menyokong makanan segera ini. Kunci di sini ialah kesederhanaan. Makanlah apa pun, yang penting kita tahu dan faham tahap kesihatan badan kita. Sebenarnya badan kita memerlukan makanan yang pelbagai untuk berfungsi dengan kadar optimum. Cuma, makanan yang baik itu (real food) ambil lebih kerap berbanding yang diproses.

Kajian juga telah menunjukkan jika kita tidak pelbagaikan makanan, kita mungkin berpotensi berhadapan dengan penyakit-penyakit berkaitan sensitiviti makanan. Tidak berguna juga jika kita mengehadkan makanan ‘sihat’, namun jiwa meronta. Ingat menikmati makanan dengan rela hati menghasilkan bahan-bahan kimia gembira seperti serotonin, dopamine dan endorphin dalam otak. Bahan-bahan kimia ini mampu membantu dalam menguatkan sistem pertahanan badan kita terhadap penyakit.

gambar hiasan

Saya membesar dengan sardin king cup dan maggie asam laksa yang dijadikan lauk untuk nasi. Bukan kami yang pinta, namun takdir sedemikian rupa. Dan Alhamdulillah pengalaman ini bersama dengan ilmu yang berkembang, membuatkan saya lebih memahami badan sendiri dan lebih bersimpati serta berempati terhadap orang lain.

Ramai yang tidak bernasib baik di luar sana. Mana-mana sikap tidak baik itu, mohon disimpan. Buat sembunyi-sembunyi, biar anak-anak pun tidak lihat.

Sumber: Fatimah Salim

 

Previous
Next Post »
loading...