Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari (jika boleh), anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri. Impaknya mungkin tidak nampak terus, tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagialah anda dan si dia.
Tidak susah, ambil wuduk dan kemudian bentanglah sejadah. Solatlah dengan penuh kusyuk dan kesungguhan, kemudian panjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi perkahwinan anda.
Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ambillah dua waktu terbaik ini, maghrib dan isyak. Secara zahir tidak terlihat manfaatnya tetapi percayalah ia akan tersemat dalam jiwa kalian berdua. Suami isteri yang mengamalkan soalt berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni.
Baca Artikel Ini: [Bahagian Pelipat Jadi Gelap Waktu Mengandung, Undang Rasa Segan Ibu Hamil Pada Suami]
Semakin Mesra, Semakin Sayang
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
‘Short Cut’ Ke Syurga
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ikuti Tip Jadikan Anak Lelaki Lebih Rajin: [Anak Lelaki Mesti Diajar Cekap Di Dapur Supaya Ringan Tulang Sampai Dewasa]
Awak Hormat Saya, Saya Hormat Awak…
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Artikel Menarik: [Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut]
Sebelum berdoa, tetapkan dalam hati bahawa niatnya untuk tujuan yang baik. Jangan salah gunakan doa ini untuk mengorat pasangan orang lain pula ya!
Sumber: Wanista.Com