loading...

Betul Pukul Anak Sebab Nak Hukum. Cumanya Jika Setakat Lepaskan Geram Silap Besar!

Pukul anak untuk hukum atau mengajar? Jika setakat nak lepaskan geram memang silap besar. Ramai yang fikir memukul anak untuk mengajar. Ya betul! Tapi kena ada caranya.

Berdasarkan perkongsian ibu ini, Ezzaty Suffian dia mengakui memukul anaknya yang berusia 2 tahun 6 bulan. Tapi ada teknik yang digunakan untuk mengajar anak kecilnya yang boleh dijadikan panduan bersama.

Usia ni usia anak belum faham apa-apa. Dia baru nak kenal orang sekeliling. Baru nak kenal tentang hidup. Baru nak faham pasal dunia dia sendiri. Baru nak tahu dan ingat perkataan-perkataan baru. Baru nak cuba bina ayat yang dia faham.

So, macam mana kita orang dewasa ni boleh expect anak kita tahu semua benda seperti mana kita orang dewasa ni tahu? Kita cakap sekali, tegur sekali, marah sekali, kita nak anak terus dengar dan ikut.

Itu yang akhirnya kita geram dan sakit hati, kita tuduh anak tu tak nak dengar kata. Kita naik tangan. Pap! Kuat kita pukul badan dia. Tak cukup sekali, kita tambah lagi.

Yang lagi sadis bila kita tegar tampar muka dia. Tunjal kepala dia, pulas telinga, cubit peha sampai menjerit budak tu menangis. Pada usia anak tu 2,3,4,5,6,7 tahun. Sakit tubuh badan dia, tercedera emosi dia.

Allahu Rabbi.

Serius ibu ayah. Diorang tak tahu dan tak mengerti apa pun. Hidup pada usia diorang adalah hidup yang perlukan explanation. Penerangan yang terang dan jelas dari kita. Hidup diorang lebih banyak melihat segala tingkah-laku dan percakapan kita untuk diikuti dan ditiru.

Islam dah bagi garis panduan paling mudah dalam disiplinkan anak-anak. Macam mana cara nak suruh anak solat? Malah Islam tak ajar kita paksa anak solat seawal usia 2 tahun.

Apatah lagi pukul dia sebab tak solat waktu usia tu. Sebab apa? Sebab dia bukan faham pun apa maksud solat dengan kehidupan sebenar.

Tunjuk Ketidakpuasan Hati

Sama macam tingkah laku yang dia suka buat, tapi kita tak suka tengok. Baling barang, pukul adik, sepahkan mainan, menjerit bila nak something, tendang barang-barang kat rumah bila mengamuk.

Dia tak tahu, tak faham pun benda yang dia buat tu salah. Yang dia tahu cuma nak ekspresikan perasaan tak puas hati, marah, sedih dan kecewa pada kita.

Sebab tu jadi tugas kita untuk memahamkan dia, bagi tahu dia benda tu salah.

Fayyadh pernah tiba-tiba datang perangai pukul zaty setiap kali kita tegur salah dia. Tak kira zaty yang tegur atau abah dia tegur. Mesti dia datang kat zaty, pastu lepuk muka kita, badan kita tanda dia tak puas hati. Kuat juga tau. Sampai tertanggal spek mata.

Mula-mula zaty tegur dia dalam nada tegas yang dia tak boleh buat macam tu. Tapi makin rancak lagi dia lepuk kita.

Akhirnya, zaty pegang tangan yang dia guna untuk pukul kita tadi dan zaty tepuk kuat. Tak menyakitkan tapi cukup untuk buat hati dia tersentap.

Yes, fayyadh menangis. Tapi bukan sebab sakit, cuma sebab terasa hati kita marah dia. Bila dia dah menangis tu, kita pujuk dan cakap lah elok-elok pada dia. Bagi tahu yang kita tak suka dia pukul-pukul kita. Tak baik dia buat perangai macam tu.

Cepat Faham

Keep explain, explain dan explain pada dia. Budak ni lagi cerdik dari kita. Dia faham apa kita cakap.

Ada 5 kali jugak situasi macam ni berlaku. Dan 5 kali jugak lah zaty dan suami buat perkara yang sama pada dia. Finally, dah takde habit tu pada dia sekarang. Hilang terus.

Jadi bertukar pulak. Setiap kali kita tegur salah dia, cepat je dia datang kat kita tarik kepala dan cium pipi kita. Kita pun dari nak marah, terus tak jadi.

Habit kedua fayyadh yang zaty berjaya ubah bila dia suka sangat baling barang terutama bila dia marah atau tak puas hati pada kita. Umur 2 tahun setengah ke atas, patutnya habit baling barang ni dah makin kurang.

So, setiap kali dia baling barang, setiap kali tulah zaty suruh kutip balik. Mula-mula memang dia tak nak. Nak tunjuk protes pada kita kan.

zaty pegang tangan dia, bawa ke tempat barang yang dah dibaling tu. Lepastu suakan tangan dia ambik barang tu dan bawakan tangan dia sekali sambil pegang barang letakkan semula kat tempat asal.

Menangis-nangis dia mengikut tangan kita. zaty explain cakap tak suka fayyadh baling barang macam tu. Bagi tahu dia perangai yang dia buat tu tak elok. Fayyadh buat ummi marah. Kalau fayyadh nak apa-apa, cakap baik-baik dengan ummi.

Alhamdulillah. Teknik ni pun berjaya. Cukup 3 kali dia buat, sekarang dah takde perangai baling barang tu lagi. Kalau ada pun, memang zaty suruh dia kutip dengan suara yang memang tegas. Cepat je dia kutip. Lepastu dia datang pada kita, peluk kita.

Cuma part baling barang ini ibu ayah jangan keliru. Budak baling barang ada dua sebab. Pertama sebab dia nak tengok effect barang tu jatuh. Bunyinya macam mana, jauh ke tak barang tu boleh pergi lepas baling, berderai ke tak barang tu. Macam-macam lagilah.

Sebab kedua macam tadilah. Nak tunjuk rasa tak puas hati.

So, untuk sebab baling parang PERTAMA, janganlah ibu ayah buat cara zaty cakap tadi. Jangan kita marah atau tepuk tangan dia. Sebab dia bukannya nak tunjuk perasaan tak pua hati pun. Tapi dia tengah buat eksperimen. Mood dia pun tengah baik waktu tu.

Let them be okay. Cuma pastikan barang yang dia baling tu bukan kaca. Habit yang macam ni pun takkan lama. Macam fayyadh tempoh eksperimen baling barang ada dalam 5 bulan macam tu. Bila dah cerdik sikit dah puas hati, habit baling barang ni pun hilang.

Benda yang sama berlaku pada kita, orang dewasa ni sebenarnya. zaty sendiri tak suka suami cakap kasar-kasar, marah, tengking, herdik kita. Apatah lagi pukul-pukul kita. Takde siapa pun kat dunia ni suka diperlakukan macam tu kan.

Sumber: FB Ezzaty Suffian

Previous
Next Post »
loading...