loading...

Pilih Tadika Anak, Periksa Dulu Kejayaan Mendidik Murid-Murid Terdahulu Sekolah Tersebut

Masuk sahaja hujung tahun, tentu ramai ibu bapa yang anak akan memulakan alam prasekolah mula mencari tadika untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Lambakan pelbagai jenama tadika di pasaran kadangkala membuatkan ibu ayah jadi keliru. Mana satu pilihan yang terbaik untuk memulakan prasekolah anak? Apatah lagi bila ada kawan-kawan yang kerap mempromosikan tadika tempat anaknya bersekolah paling terbaik. Lagi tambah keliru.

Tapi perlu diingat, setiap kanak-kanak itu berbeza tahap perkembangannya jadi tidak semestinya tadika anak A sesuai untuk anak B. Apa yang penting ibu bapa perlu kenal pasti perkembangan anak, memahami bidang pendidikan awal kanak-kanak serta apa konsep pendidikan awal kanak-kanak yang ingin anak kuasai.

Jika memilih untuk memulakan pendidikan awal anak yang berkonsepkan Islamik pastikan anda membuat kaji selidik terlebih dahulu tentang pencapaian murid-murid yang telah menamatkan persekolahan di tadika yang dipilih.

Tadika Al Kauthar Eduqids (AKE) yang sudah beroperasi sejak tahun 2013 terkenal sebagai tadika berkonsep Islamik. Menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al-Quran, program Montessori, toddler school play untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, kelas Bahasa Mandarin dan juga pembelajaran KAFA.

Tadika ini juga telah menerima pengiktirafan sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma untuk kategori “Tadika Islamik Pilihan” sempena ulang tahun ke-19 majalah tersebut bulan Oktober lalu. Lebih membanggakan AKE juga sudah mempunyai sebanyak 20 cawangan di Lembah Klang dan pendaftaran untuk murid-murid bagi sesi tahun 2020 sudah mula dibuka.

Menurut pengasas AKE, Encik Bakhtiar dan isterinya Puan Nor Fadilah Alias selepas enam tahun menjalankan perniagaan pendidikan awal kanak-kanak mereka berasa bangga dan berpuas hati melihat pencapaian anak-anak didikannya.

Nor Fadilah sendiri merupakan seorang guru tadika yang berpengalaman hampir 12 tahun. “Saya memilih untuk menggunakan pendekatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan digabungkan dengan kaedah montessori dan tambahan Islamik. Ia bagus kerana pendidikan hari ini agak sukar untuk anak-anak. Walau dimansuhkan peperiksaan sekali pun namun modulnya susah. Jadi bagusnya belajar di sini, kami tekankan dari segi akademik dan sahsiah diri serta sudut Islamik. Mereka telah diberikan persiapan dan persediaan untuk melangkah ke transisi darjah satu.

Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah berusia 5 tahun. Alhamdulillah saya nampak progress perubahan anak saya begitu memberangsangkan, begitu juga anak-anak di AKE yang telah dihantar lebih awal seawall bayi atau 2 tahun akan dapat dilihat ketara perkembangan mereka amat memberangsangkan secara menyeluruh.

“Antara yang saya amalkan adalah setiap hari wajib menghafal bersama anak-anak di AKE dengan surah al Rahman, al Kahfi dan Yassin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah dengan 3 surah itu untuk dihafal.

Begitulah setiap hari akan solat Dhuha bersama anak-anak di AKE dan membaca ayat-ayat hafazan sebelum memulakan pembelajaran seperti biasa. Semua ini diterapkan bermula seawal 3 tahun anak-anak di AKE. Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah pun berusia 5 tahun, alhamdulillah saya nampak progres perubahan anak saya begitu cepat.”

Lebih istimewanya AKE berbanding pilihan tadika lain kerana di sini mereka turut menerima istimewa yang mempunyai masalah autisme, speech delay, dyslexia, ADHD belajar bersama-sama kanak-kanak normal lain.

Bagaimanapun cabarannya berbeza daripada mendidik anak-anak normal. Menurut Nor Fadilah, di AKE HQ terdapat lebih 10 orang anak-anak istimewa belajar bersama kanka-kanak normal.

“Dalam kajian saya kalau anak-anak istimewa ini dicampurkan bersama anak-anak normal kesan aura mereka dapat membantu anak-anak istimewa ini selain itu kaedah yang digunakan di AKE juga dapat dilihat 90% membantu kea rah perubahan yang positif,” beliau berkongsi pengalaman.

Jadi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas yang akan memulakan alam prasekolah dan masih tercari-cari tadika untuk si kecil, AKE boleh menjadi pilihannya.

Previous
Next Post »
loading...