loading...

Steam Egg With Vege, Buatkan Saiz Kecil & Comel Macam Ni, Anak Teruja Nak Makan!

Sebenarnya tak susahpun nak bekalkan anak dengan sumber protein. Telur adalah makanan yang paling mudah dan paling disukai anak-anak kita. Namun sebagai ibu kita harus bijak mempelbagaikan menu daripada telur ini. Cuba berkreatif sebaik mungkin supaya anak kita tak jemu.

Menu Steam Egg With Vege yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruza ini menerusi Happy Baby Food Malaysia memang menarik. Sajian buat anaknya Muhammad Hilman Faqih yang kini berusia 9 bulan. Comel je telur kukus yang disediakannya. Anak makan sampai licin. Jom ubah selera anak kita hari ni.

Menu mudah yang boleh dipelbagaikan. Steam egg with vegi. Hilman makan 3 ketul tadi. Seketul mummy cincang masuk dalam nasi goreng tomyam, yang seketul masuk perut mummy. Lagi dua daddy makan.

Kenapa mummy cakap mudah. Sebab boleh jadi macam-macam dengan telur kukus ni. Lauk makan dengan nasi, boleh jadi sandwich makan dengan roti, boleh campur dalam nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, nasi impit goreng dan apa-apa yang bergoreng. Makan dengan oat, boleh juga buat sup, tomyam, masak lemak, masak masam manis dan sebagainya. Ha..mudah kan. Nak goreng pun boleh.

Bahan-bahannya. Paling penting wajib ada sayur.

Nak add on ayam/daging/udang/ikan pun boleh. Nak masuk cendawan dan cheese pun sedap. Mummy sertakan resepi pada gambar ya. Selamat mencuba.

Telur 2 biji
Carrot 1/2 inci (dadu)
Zucchini 1/2 inci (dadu)
Daun bawang 1 helai (hiris)
Sayur kauki cameron 1 tangkai
Mixed herbs sedikit
Serbuk ayam homemade sedikit
Minyak bawang putih sedikit
Tepung jagung 1/2 tsp
Bekas untuk mengukus
(sayur terpulang nak letak apa pun sebenarnya)

Kacau telur dengan sedikit mixed herbs, serbuk ayam dan tepung jagung.

Masukkan sayur dan kacau sebati.

Sendukkan ke dalam bekas yang di sapu sedikit minyak bawang putih. Nak sapu butter pun boleh. Ikutlah.

Kukus 7-10 minit (bekas kecik). Kalau bekas besar tambah masa mengukus sehingga masak. Siap! Keluarkan dari bekas dan susun dalam pinggan.

Previous
Next Post »
loading...