loading...

Susukan Bayi Sambil ‘Mengopi’. Bukan Tak Boleh Buat, Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur

Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi?

Pasti persoalan ini antara soalan yang sering berlegar di fikiran ibu menyusu yang sangat menggemari kopi sebagai minuman harian. Jika sehari tidak dapat menghirup kopi, pasti tidak lengkap kehidupan pada hari itu.

Artikel Menarik: [Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air, Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Lagi]

Menurut pakar laktasi, umumnya ibu yang menyusukan boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar yang sederhana. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun yang sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan kafein oleh si ibu.

Dalam pada itu, semasa hamil, adakah anda turut minum kopi setiap hari? Soalan ini ditanyakan kerana menurut pemerhatian kebanyakan bayi yang mana ibunya mengelak sepenuhnya pengambilan kafein sewaktu hamil memberi lebih reaksi terhadap kafein yang diambil ibunya pada masa kini.

Artikel Menarik: [Jangan ‘Bunuh’ Hormon Tidur Anak, Ini Kesilapan Terbesar Yang Kita Terlepas Pandang]

Walau bagaimanapun, bayi anda mungkin tidak lagi sensitif sekiranya umurnya melebihi enam bulan. Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan kafein berbanding bayi yang lebih berusia. Bayi pramatang atau bayi yang sakit juga mempunyai masalah dengan pengambilan kafein oleh si ibu.

Sementara itu, kafein telah diluluskan oleh American Academy of Pediatrics untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Seperti yang dinyatakan dalam Medications and Mother’s Milk (Hale), kafein tergolong dalam Kategori L2 Risiko Laktasi iaitu lebih selamat; paras susu agak rendah (0.06-1.5% dos ibu) dan biasanya meningkat satu jam selepas makan. Oleh itu, jika anda ingin minum kopi, minum selepas sesi penyusuan. Dengan yang demikian, paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.

Artikel Menarik: [Biar Anak Merangkak Sendiri, Jangan Tolong Kalau ‘Berat Badan’. Perlahan-Lahan Dia Mampu!]

Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5oz atau 500mg/sehari. Malah, pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg/sehari.

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu (Nehlig & Debry, 1994). Berdasarkan Breastfeeding Answer Book (Nancy Mohrbacher), pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana dia menunjukkan tanda-tanda rangsangan terhadap kafein.

Bayi yang terlebih rangsangan kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak tidur untuk tempoh yang lama. Dia juga mungkin menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan pengambilan untuk dua hingga tiga minggu untuk melihat sebarang perbezaan.

Jika anda teragak-agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakuan bayi. Itu sahaja cara untuk anda kenal pasti dan mendapat jawapannya. Amaun kafein yang mungkin menjejaskan bayi adalah berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi.

Previous
Next Post »
loading...