Masalah tali pusat terbelit di leher bayi atau nuchal cord adalah perkara yang selalu kita dengari. Mengikut kajian, kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kandungan telah cukup bulan ialah 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
Artikel Menarik: [Ada Ibu Yang Mengeluh Kena ‘Seluk’ Banyak Kali. Doktor Tak Buat Untuk Suka-Suka]
Melalui perkongsian di blognya, Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Obstetrik & Ginekologi memberi penjelasan tentang situasi ini.
Bunyinya memang menakutkan ibu yang sedang mengandung, tetapi adakah ia merbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kecacatan atau kematian kepada bayi?
Kita juga pernah dengar pengalaman ibu-ibu yang mengatakan mereka terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan cesarean kerana terlilit tali pusat di leher bayi? Soalnya, adakah jika diketahui ada tali pusat dileher bayi sebelum sakit bersalin, semua ibu harus dibedah dan tidak boleh dibenarkan bersalin secara normal?
Artikel Menarik: [Tali Pusat Bayi Pendek, Berisiko Untuk Rahim Ibu Terkeluar Secara Songsang Lepas Bersalin]
Berikut adalah fakta fakta mengenai tali pusat dileher bayi berdasarkan bukti bukti perubatan yang kukuh! Untuk pengetahuan ibu-ibu:
Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat di leher bayi tidak merbahaya dan ia adalah satu perkara yang lazim terutamanya jika tali pusat itu panjang.
Belitan tali pusat di leher bayi juga bukanlah satu sebab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.
Doktor akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi. Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh kelihatan biru seketika tetapi akan pulih segera.
Ada terdapat peratusan yang kecil ibu mengandung di mana belitan tali pusat terlalu ketat di leher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah dan bekalan oksigen bayi boleh terjejas. Dalam kes yang sebegini, doktor akan mencadangkan pembedahan cesarean kecemasan.
Artikel Menarik: [Baru Suruh Teman Isteri Bersalin, Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah]
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
1. Relax! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi ada kebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.
2. Boleh bersalin normal atau tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darahdan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya dengan ujian pantauan semasa melalui proses bersalin. Hanya segelintir ibu sahaja yang perlu pembedahan cesarean kecemasan. Jadi, ibu jangan cemas.