Mungkin kerana selalu dimomokkan dengan pelbagai cerita, kebanyakan ibu yang sudah sampai waktu melahirkan menolak untuk mengambil epidural walaupun keadaan memerlukannya begitu. Sesetengah ibu mengatakan epidural menyakitkan, ada kesan sakit belakang selepas beberapa tempoh bersalin dan paling dahsyat dikatakan epidural boleh mengakibatkan lumpuh.
Epidural sebenarnya satu teknik pelega kesakitan yang diberikan kepada ibu yang mahu bersalin. Sebenarnya epidural boleh digunakan dalam situasi yang lain, tetapi biasanya ia selalu dikaitkan dengan proses kelahiran. Di dalam perkongsiannya di Facebook, Dr Muhammad Izzat Abd Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan & Kehamilan Wanita, menerangkan mengapa epidural akan diberikan kepada ibu-ibu yang mahu bersalin (bukan semua, cuma dalam sesetengah kes yang diperlukan sahaja).
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
Artikel Menarik: [Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi]
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin cmne, dia lak buat keputusan untuk bini yang bertarung dgn kesakitan tu 😐
“Nenek saya dulu beranak tkda pun epidural segala bagai ni, elok jer dia !”
Ni antara sebab-sebab orang takmau epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok cmne.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin cmne
Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Artikel Menarik: [Pergi Berurut Nak Betulkan Posisi Bayi Songsang. Rupanya Penyebab Uri Tercabut!]
Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu
Apa bagusnya epidural ?
💉Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.
💉Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
💉Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan buruk yang boleh timbul
✅Epidural tak berkesan mengurangkan sakit ( 1 dalam 10 )
✅Mengigil dan gatal-gatal
✅Tekanan darah menjadi terlampau rendah ( 1 dalam 50 )
✅Sakit kepala yang amat sangat ( 1 dalam 100 )
✅Gangguan sistem saraf sementara ( 1 dalam 1000)
✅Gangguan sistem saraf kekal ( 1 dalam 13000)
✅Jangkitan meningitis ( kurang 1 dalam 50000)
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Artikel Menarik: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang ler penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
Siyes awaaak.. Saiaa tak tiiipuu taw!
*( baca gaya budak wechat )
Sumber: Dr Muhammad Izzat