loading...

Hamil 5 Bulan Doktor Sahkan Ada Kanser, Tetap Jalani Kemo. Hingga Kini Ibu Dan Anak Sihat

Penyakit kanser memang amat digeruni. Ia bagaikan mimpi ngeri bagi setiap pesakit yang menghidapnya. Bagi wanita pula, kanser payudara dan juga kanser serviks antara penyakit yang sering melanda wanita pada ketika ini. Ia bukan sahaja dianggap bahaya malah dapat meragut nyawa penghidapnya.

Namun ada juga penghidap yang kuat semangat dapat melalui setiap rawatan dengan lancar dan bertahan sehingga beberapa tahun malah ada yang pulih sepenuhnya daripada kanser yang dihidapi. Tapi yang pasti kanser adalah satu penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang.

Dalam satu perkongsian di Facebook seorang wanita memuat naik kisah hidupnya yang terdahulunya merupakan seorang penghidap barah payudara. Kejadian itu telah berlaku hampir empat tahun yang lalu semasa kandungannya mencecah bulan yang ke 5. Pada mulanya dia berasa sangat tidak selesa pada ketulan pada payudaranya dan terus mendapatkan pandangan doktor pakar.

Kanser tahap ketiga dalam masa yang sama hamil 5 bulan

Setelah menjalani beberapa pemeriksaan daripada doktor, amat mengejutkan apabila dia diberitahu bahawa dirinya telah menghidapi kanser payudara peringkat ketiga. Semasa dalam tempoh kehamilan, dia telah menjalani pelbagai rawatan termasuk kimoterapi.

Semasa dalam tempoh kehamilan, dia tidak pernah meninggalkan sebarang rawatan yang perlu dijalani. Disebabkan kesan sampingan rawatan kimoterapi, dia telah mengalami keguguran rambut yang teruk yang menyebabkan kepalanya menjadi botak.

Jalani rawatan kemo semasa hamil, lahirkan anak pada minggu ke 36 kehamilan, sel kanser semakin merebak.

Selepas dua sesi rawatan kimoterapi berkenaan, dia akhirnya berjaya melahirkan anak perempuannya pada minggu ke 36. Namun, setelah itu doktor melaporkan bahawa sel kansernya sudah semakin merebak.

4 tahun berlalu, ibu dan anak sihat seperti biasa

Dia tetap meneruskan dan mehabiskan rawatan yang telah dicadangkan oleh pakar kepadanya. Doktor sangat berpuas hati dengan kondisi dirinya dan kini, sudah empat tahun perkara itu berlalu, dia dan anaknya masih lagi sihat seperti biasa.

Wanita ini berharap agar dengan berkongsikan kisahnya ini, dapat menyebarkan tenaga positif terhadap para pesakit ataupun penghidap kanser.

Semoga kisah ini memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita-wanita yang menghidapi situasi yang sama seperti wanita ini. Dinasihatkan juga agar tidak mengambil mudah terhadap penyakit kanser ini, dan segera dapatkan nasihat doktor jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri sendiri.

sumber: borak daily & world of buzz

Previous
Next Post »
loading...