loading...

Elak Sergah Anak, Sergah Anak Hanya Membantutkan Perkembangan Otak Mereka

Mengapa tak sergah sahaja anak-anak yang suka mengamuk, membentak-bentak, menendang orang, menjerit-jerit bila tidak mendapat apa yang dia hajati?

BACA:Sebelum Beli Botol Susu Anak Pastikan Botol Itu “BPA FREE”, Ini Sebabnya

Sebenarnya

SERGAH ANAK MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN OTAKNYA!

Kalau umur anak 1 tahun sudah disergah, maka itu menempah maut namanya. Anak itu akan terencat perkembangan akal dan emosinya.

Begitu juga 2 tahun. Sebab pada usia ini dia hanya hendak sedarkan anda dia ada kehendak sendiri. Dia buat semua itu bukan kerana dia berakhlak buruk. Cuma dia hendak nyatakan kemahuannya. Kalau dia tidak buat begitu anda akan sibuk sahaja buat benda lain. Dia akan jadi wallpaper yang tidak disedari kewujudannya. Terutama jika pada usia ini dia sudah beradik.

Ini fasa individuating. Kena caranya setahun sahaja dia begitu. Bila masuk 3 tahun, dia sudah boleh belajar mengawal diri. Bukanlah terus, tapi sudah boleh sedikit demi sedikit.

Kerana pada usia ini, emosinya sudah lebih berkembang dan dia boleh merasai perasaan orang lain.

Anak yang asyik dijerkah dan sergah sejak kecil akan pendam apa yang dia inginkan. Sedar-sedar dia lakukan di belakang anda. Dia tidak pandai dan berani menyampaikan keinginannya dan pendapatnya.

Jika dia jenis yang berdendam maka dia menjadi orang yang suka mengutuk dan mencaci di belakang, asal orang tidak nampak. Dan di zaman ini, dia selamatlah keluar dalam bentuk keyboard worrior.

Itulah salah satu sebab mengapa kita perlu bijak mendidik anak. Kita tidak mahu menghasilkan generasi yang nampak baik di luar saja.

Kita mahu membina generasi yang berhati mulia, penyabar dan berjasa. Maka kita perlulah seperti itu dahulu.

Sumber: Ibu Rose

Previous
Next Post »
loading...