loading...

Kurang Kesedaran Buat Pesakit Kanser Payudara Metastatik Tak Dapatkan Rawatan Yang Betul

Kanser payudara metastatik (mBC) merupakan kanser payudara tahap tertinggi yang diakibatkan oleh sel kanser yang merebak dari payudara ke organ-organ badan lain3 – ia masih tergolong sebagai penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan merupakan punca kematian akibat kanser kedua tertinggi dalam kalangan wanita hari ini4. Apatah lagi, tahap emosi pesakit mBC tidak stabil dan mampu mempengaruhi tanggapan terhadap diri sendiri, komunikasi mereka dengan orang sekeliling dan cara mereka menjalani kehidupan seharian5.

Biarpun kanser dikenalpasti pada peringkat awal, hampir 30 peratus wanita dengan kanser tahap awal berisiko tinggi berkembang ke tahap metastatik6. Atas usaha badan-badan berkaitan yang giat menjalankan kempen dan aktiviti kesedaran tentang kanser payu dara, tahap kesedaran tentang subjek ini adalah tinggi. Bagaimanapun, pengetahuan masyarakat mengenai mBC masih rendah. Kira-kira 3 daripada 5 bancian kurang mengetahui tentang kanser payudara metastatik 1.

Penjelasan Berkenaan Kanser Payudara Metastatik
Pfizer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap kanser payudara metastatik, mengubah persepsi, mengatasi stigma dan meluaskan topik perbincangan meliputi perihal kanser payudara metastatik. Satu bancian telah dijalankan oleh BCWA pada September 2019 bagi mengumpul maklumat berkaitan tahap kefahaman masyarakat Malaysia melibatkan pengetahuan, tindakan dan pendekatan mendapatkan rawatan terhadap mBC. Bancian tersebut turut disokong oleh Pfizer Malaysia.

“Kami menjalankan bancian ini dengan responden dengan latar belakang yang berbeza bagi memahami dan mengurangkan jurang kefahaman kanser payudara metastatik. Hasil bancian tersebut bukan sahaja membantu kami mengenalpasti punca kekurangfahaman, malah menjadi panduan untuk tindakan seterusnya,” ujar Ranjit Kaur, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Berdasarkan keputusan bancian, 70% responden berpendapat kelemahan tahap kesedaran terhadap pilihan rawatan sebagai antara punca utama mengekang pesakit mBC mendapatkan rawatan perubatan yang efektif. Tahap kemampuan pula mencatatkan peratusan tertinggi dalam bancian tersebut.

“Perbaiki akses informasi berkaitan mBC dan bimbingan profesional tentang risiko, kelebihan dan ketidakpastian terhadap pilihan rawatan, ia pasti membantu pesakit mBC dalam membuat keputusan yang baik, sekali gus memperbaiki tahap kehidupan mereka,” tambah Ranjit Kaur.

Selangkah ke hadapan dalam memperkasa kehidupan dengan kanser payudara metastatik
Tiga daripada lima bancian berpendapat mBC berpunca daripada kelewatan pengesanan kanser payudara1. Tanggapan yang salah ini berkemungkinan mendorong pembentukan satu stigma dalam kalangan pesakit mBC . Kanser payudara adalah penyakit dengan kepelbagaian dimensi yang berbeza dari segi karakteristik, keperluan pesakit serta impak. Definisi ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum memahami mBC.

“Beban penyakit tidak seharusnya ditanggung pesakit bersendirian. Berdasarkan pengalaman peribadi, saya memahami perasaan apabila disahkan menghidap kanser payudara. Ia situasi yang amat menakutkan terutama jika kita tidak pasti dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan kepada siapa patut kita mengadu,” kongsi Ranjit. “Disebabkan itu BCWA komited dalam menyediakan sokongan psikososial berkumpulan, bimbingan praktikal dan sumber maklumat. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai pesakit kanser payudara, sama ada tahap awal, tahap tertinggi dan metastatik untuk saling memberi sokongan dan galakan. Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Pfizer dalam meluaskan tahap kesedaran ini kepada orang ramai.”

Kira-kira 62% responden juga berpendapat bahawa mBC tidak boleh dirawat1. Sebenarnya, ramai pesakit mampu meneruskan kehidupan untuk tempoh yang panjang, seperti orang lain dengan produktif walaupun disahkan menghidap metastatik. Terdapat pelbagai pendekatan dalam merawat mBC dan rawatan terkini juga diuji setiap hari6.

“Setiap perancangan rawatan pesakit adalah berbeza kerana setiap kanser payudara adalah unik. Paling penting adalah keyakinan pesakit terhadap kepelbagaian rawatan metastatik yang ditawarkan. Walaupun mBC tidak boleh disembuhkan, tujuan utama rawatan kanser payudara metastatik adalah bagi memperlahankan atau menghentikan tahap pertumbuhan kanser sekali gus mengekalkan kualiti hidup pesakit,” jelas Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng-Har dalam perkongsiannya berkenaan mBC pada majlis bersama media anjuran Pfizer Malaysia di Kuala Lumpur bulan lalu.

Ketahui Pilihan Kewangan Untuk Rawatan mBC
Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip turut menekankan kepentingan akses terhadap pilihan rawatan dan bimbingan profesional terhadap risiko dan faedahnya. Apabila melibatkan pendekatan mendapatkan rawatan, keputusan bancian mendapati, kira-kira 80% responden percaya kemampuan dari segi kewangan adalah punca utama pesakit enggan mendapatkan rawatan perubatan yang efektif1. Bebanan kewangan akibat mBC memang jelas dan sukar untuk diabaikan.

“Saya memahami bahawa tahap kemampuan masih menjadi penghalang utama yang dihadapi pesakit apabila melibatkan rawatan mBC. Terdapat pelbagai pilihan sokongan kewangan di Malaysia yang dapat membantu pesakit mBC seperti hospital kerajaan, SOCSO & EPF, insurans dan program sokongan pesakit seperti EMBRACE. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut,” tambah Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip.

EMBRACE merupakan program sokongan pesakit oleh Pfizer bagi membantu keterusan rawatan pesakit HR+/HER2- mBC untuk kesihatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Menerusi program ini, pesakit mBC dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik serta mengakses rawatan perubatan inovatif.

“Melangkaui penyediaan rawatan-rawatan efektif, Pfizer bekerjasama secara langsung dengan komuniti kanser secara meluas sebagai satu inisiatif sokongan terhadap pesakit kanser payudara termasuklah penderita metastatik. Kita telah bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang benar-benar memahami situasi pesakit seperti BCWA melibatkan pelbagai projek, sumber dan inisiatif sejak dulu bagi membantu memperbaiki taraf hidup pesakit kanser payudara serta menjadikan perjalanan hidup mereka dengan lebih bermakna,” ujar Dr. Jerusha Naidoo, Ketua Perubatan Pfizer Malaysia.

“Pfizer komited dalam menyokong pesakit mBC sepanjang rawatan mereka termasuklah bantuan kewangan. Atas tujuan itu, kita melancarkan program EMBRACE hari ini, bagi memberikan rawatan efektif kepada mereka yang memerlukan sekali gus menghidupkan peluang pesakit hidup dengan lebih produktif.”

Sebuah usahasama: Memimpin perubahan terhadap mereka yang terkesan akibat kanser payudara metastatik
Petugas kesihatan, pesakit, komuniti berkepentingan dan Pfizer bersepakat bahawa wanita dengan kanser payudara metastatik perlu dikelompokkan dan diberi perhatian meluas dalam sesi dialog, sokongan serta maklumat yang diperlukan.

Perubahan tidak akan terjadi dalam tempoh singkat, tetapi dengan komitmen pelbagai pihak, kita akan menyuarakan hak pesakit mBC di bawah sebuah usahasama, pendekatan standard:
• Pesakit dan pembantu perubatan – menyuarakan pendapat dan kerisauan bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam perbincangan bersama badan kesihatan serta memastikan setiap keperluan disampaikan. Berkongsi pengalaman dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap kefahaman tentang mBC.
• Pakar perubatan, pakar onkologi, badan kesihatan – memperkasa pesakit dan pembantu perubatan untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan penyakit, keputusan rawatan dan mewujudkan perbincangan lebih produktif.
• Media, kumpulan sokongan pesakit dan industri farmaseutikal – bersatu di bawah satu misi untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap mBC dan keperluan unik pesakit.

“Sebagai pengamal perubatan, saya menggesa kenalan dan rakan sekerja untuk menggalakkan para pesakit mereka untuk berbincang lebih proaktif dengan doktor masing-masing berkenaan tahap kesihatan dan pilihan rawatan. Antara cara paling efektif bagi membuat pilihan rawatan terbaik untuk anda adalah dengan melibatkan diri secara langsung berpandukan kesesuaian keperluan peribadi, keinginan dan kelebihan yang ditawarkan,” Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip menutup bicara.

Previous
Next Post »
loading...