loading...

Elak Tunjuk Sifat Baran Melampau Depan Anak, Cepat-Cepat Istighfar. Anak Warisi Sikap Ibu Bapa!

Umur antara 2 hingga 6 tahun adalah waktu yang sangat penting untuk membentuk sikap anak. Ketika ini ibu bapa perlu beri perhatian dan elakkan perkataan “Nanti”. Alasanya sebab anak masih kecil tapi sebenarnya ini lah kesilapan terbesar.

Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk?

Semula jadi dan genetik

Persoalan natural/nature ini ada kaitan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran.

Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali.

Jadi role model kepada anak

Kalau bapa adalah seorang yang garang dan panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran.

Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.

Berdialog Dengan Anak

Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada komunikasi dua hala.

Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, pastikan nasihat yang diberikan haruslah secara terus dan ikut kemampuan akal anak kita.

Contoh: kalau anak buang sampah merata-rata, jangan terus marah dan tengking mereka. Nasihatlah secara berhemah dan ajarkan anak tentang kebersihan. Ya sangat mudah dan usah cepat melenting.

Nasihat pada waktu yang tepat

Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak.
-Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat
-Semasa makan
-Semasa anak sakit

Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.

Beraktiviti bersama anak

Ibu bapa, tolong luangkan masa untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan?

Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa.

Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skil anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.

Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimana ibu bapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.

Selain itu, aktiviti bersoal jawab atau berteka teki juga baik untuk membentuk sifat anak selain mengerakkan minda mereka. Anak-anak akan berfikir untuk menjawab, dan ia sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa mereka.

Semua perkara ini mungkin ada halanganya juga. Bergantung pada faktor luaran. Halangan yang mungkin dilalui dalam pembentukan sikap anak-anak adalah dari aspek kesihatan, masa, persekitaran dan media sosial.

Baca: Kehadiran Si Kecil Boleh Ubah Kehidupan Anda 360′, Yang Bakal Menjadi Ibu Bapa Ini Bersedialah

Baca: Bagi Makan Pakai Pada Isteri & Anak-Anak, Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

Previous
Next Post »
loading...