loading...

Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin, Marah Tu Sebab Sayang!

Normalnya sebelum melahirkan, kita akan buat research di hospital mana kita mahu melahirkan. Selain kemudahan hospital, antara perkara lain yang kita titik beratkan adalah staf hospital itu baik atau tidak. Paling mudah kalau kita kecilkan ruang lingkup staf itu, sebenarnya kita bercakap tentang juru rawat.

Cerita yang selalu kita dengar kalau bersalin di hospital A, juru rawatnya garang betul. Hospital B pun sama, suka marah-marah. Macam singa! Sampai trauma nak bersalin di situ lagi.

Mudahnya kita membuat andaian tentang juru rawat kan? Sedangkan mereka antara orang yang bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan yang terbaik buat ibu dan anak yang dilahirkan. Bekerja tanpa henti, mengikut syif yang ada masanya nak jumpa anak dan suami sendiri pun tak sempat. Berkongsi tentang cerita juru rawat, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menerangkan betapa besarnya jasa para juru rawat yang berkhidmat di hospital.

MISI LABOUR ROOM NI GARANG. SEBIJIK MACAM SINGA BETINA !! 🦁

Ada yg ckp mereka kasar lah, kurang ajarlah. Tak reti cakap lemah lembut lah. Ramai orang cakap jururawat tak ada hati perut, orang tengah sakit nak bersalin dia siap sindir-sindir, marah-marah. Tak ada belas kasihan. Tak sekolah lah.

Artikel Menarik: [Ada Ibu Yang Mengeluh Kena ‘Seluk’ Banyak Kali, Doktor Tak Buat Untuk Suka-Suka]

BETUL KE? 🤔

Misi di labour room semua memang orang yang otai-otai. Besar-besar badannya. Sangat senior. mereka ni memang terer lah dalam bidang memberanakkan orang ni.

Kebanyakan mereka adalah bidan bidan terlatih, tangan mereka ialah tangan rahmat yang menyambut sudah ratusan malah ribuan khalifah kecil yang lahir ke dunia. Tangan -tangan mereka adalah tangan tangan suci yang terpilih untuk menyentuh bayi anda buat kali pertamanya sebelum anda sendiri menyentuh anak anda sendiri.

Tuan tuan dan puan-puan sekalian,

Tugas kat labour room bukan tugas yang mudah. Labour room adalah sebuah tempat yang seperti roller coaster, tk boleh jangka apa yg akan berlaku. Kejap aman dan tenteram, tetiba boleh jadi medan perang tunggang terbalik sana sini.

They are working under stress. Adalah perlu faham bahawa labour room hospital kerajaan sentiasa sibuk dengan pesakit yang tk henti henti. Sebaik seorang ibu yang sudah hendak melahirkan masuk ke labour room, maka bermulalah debaran dan tekanannya.

Yang pastinya, hasrat dan impian setiap staff yang bekerja di labour room itu ialah, setiap ibu yang masuk, akan keluar berdua bersama anak mereka yang selamat dilahirkan.

Untuk sesiapa yang pernah melahirkan anak, proses kelahiran adalah proses yang yg penuh mencabar, menyakitkan, dan memerlukan semangat kuat dan kental, baik dari pihak ibu dan ayah, dan juga kerjasama mereka dengan staff yang terlibat.

Di dalam kesakitan melampau ini ada yang menjerit sekuat hati mereka, ada yang menangis, ada yang bagus berselawat dan berdoa supaya proses kelahiran berjalan lancar, ada juga ya yang mengeluarkan kata-kata kesat belom lagi menyebut mereka yang menendang staff labour room .

Artikel Menarik: [Tali Pusat Belit leher Anak, Jangan Degil Nak Bersalin Normal. Dengar Nasihat Doktor!]

Boleh saya katakan pesakit berada dalam keadaan yang sangat vulnerable ketika mereka hendak melahirkan. Keluarlah segala kerenah, segala perangai, segala ragam, segala attitude – tanpa mereka sedari.

Tahukah anda semasa melahirkan anak, misi yg korang kecam dan hina inilah yang bersusah payah membuang air kencing di atas tilam, setle kan najis yg pelbagai warna bentuk dan bau – bukan baby punya tau, bermandi air mentuban.

Sabar je dorang, tk pernah komplen pun layan karenah pesakit. Belom lagi yg macam mak-mak bagi kata semangat urut2 belakang, urut2 kaki yg cramp.

Misi ‘singa’ ni tk mintak pun apa-apa. Tapi saya nak anda semua sekurang-kurangnya jgn la herdik mereka, bagilah ucapan terima kasih – sejukkk sikit hati, ilang penat. Ye tak?

Artikel Menarik: [Pergi Berurut Nak Betulkan Posisi Bayi Songsang. Rupanya Penyebab Uri Tercabut!]

Saya bekerja dalam perkhidmatan kesihatan wanita ni bukannye setahun dua, dan saya tahu misi-misi ‘singa’ ni lah yg sentiasa jaga kebajikan pesakit, mahupun kebajikan Doktor sendiri. Pendek kata, saya sendiri tk pernah la berlapar bila bertugas oncall. Ada je makanan!

Terima kasih semua bidan terlatih, jururawat terlatih, jururawat masyarakat kerana jaga semua pesakit saya tanpa jemu.

Allah je yg mampu balas jasa kalian

Semoga selepas kita semua membaca coretan dari Dr Izzat ini, kita akan lebih peka dengan situasi para juru rawat ini. Sebenarnya mereka baik-baik orangnya, cuma tanggung jawab yang perlu digalas menjadikan mereka serius dan tegas sedikit untuk kebaikan para pesakit juga. Terima kasih juru rawat di seluruh Malaysia, tidak kiralah anda berkhidmat untuk hospital mana sekalipun!

Previous
Next Post »
loading...