Beberapa minggu lalu Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan walaupun belum cukup bulan berikutan beberapa komplikasi yang boleh membahayakan nyawanya dan bayi.
Disebabkan ingin menyelamatkan kedua-duanya bayi itu dilahirkan ketika berusia 24 minggu dan beratnya kurang daripada 600 gram.
Darah tinggi turun naik
Semalam, Abby Abadi telah menulis panjang lebar pengalamannya ketika terpaksa melahirkan juga anak yang dikandung berikutan mengalami tumpah darah semasa di hospital.
Perkongsian tersebut nyata benar-benar meninggalkan rasa sebak kepada netizen kerana ketika itu Abby sedang berdepan dengan pelbagai risiko berkaitan nyawanya serta bayi yang dikandung.
View this post on Instagram
ABBY, EMERGENCY CZER & Baby D #part1 ♥️ . #Throwback Baby tepat2 24minggu. Terpaksa keluarkan… sbb pagi Jumaat 27/9 2kul 9am Sy tumpah darah 🙊 (video ni hilang kepala sbb nampak tgn kita. Baju hospital pendek 🤭) . Ikutkan hari khamis & berterusan sampai mlm jumaat tu Sy minta balik sbb dah 4mlm di ward Sy sgt tertekan. Tidur wad luar berhari2 dah buat Sy takut (Sy ni pengecut sbnrnya takleh tidur camtu sbb tu mengelak masuk hospital)😫 . 1st time masuk Hospital kerajaan, bila masuk rupanya payah nk keluar. Dorang punya jaga pergh! 😭 . Kebetulan juga Sy baru kenal Dr Yusrina.. bacaan BP pulak huru hara… mmg payah betul beliau nk lepaslkan Sy 🙊 . Bayangkan malam ke 5 Sy tidur ward biasa, ber 6 masa tu. Separuh nyawa dah Sy rasa sbb terpaksa bertahan tidur tepi bilik airrr. Siang ok tidur sbb senang nk gi bilik air, bila malam 😫 . Tangan Sy masuk hari ke 5 tu pun bengkak2 dah dua2 sbb tak tahan sakit kena pam (sbb nk dptkan bacaan BP) Setiap 15min.. pastu bila ok, setiap 30min. Sudahnya kembung bengkak. Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nk dpt bacaan dah malam Jumaat sblm tumpah darah tu huhu 🤕 . Tak lena tidur Sy malam tu.. tp tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba2 kul 9am Doc dtg utk cek, nurse minta urine, Sy pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa2 mcm Baby dah takde 🥶 . Sy bgtau Doc yg bertugas waktu tu.. sekali dgn Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatspp suami.. bgtau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany dtg sbb tiba2 doc kata kena terus operate 🥺 . Terus Sy di bawa turun ke bilik operation. Tak tunggu2 dah sbb uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sbb Sy tahu jalan jem pagi tu. Sy dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh😭 . Mcm2 ada dlm kepala. Paling worst, Sy takut Sy padam terus sbb doc ada bgtau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sgt adalah kalau baby tak meninggal, maknya yg meninggal . Sempat whatsp pesan pd suami mcm2, suami nangis2 dah 🥺 10.15/1030am cmtu operation bermula.. 1045 am keluar Baby dah. Sy kul 1pm baru dibawa naik ke wad 6B #bersambung
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Anak terpaksa dibawa keluar
“Baby tepat2 24 minggu. Terpaksa keluarkan sebab pagi Jumaat 27/9 pukul 9am saya tumpah darah.”
Nak buat urine test tapi darah keluar melimpah
Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak2 dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) Setiap 15minit. lepastu bila ok, setiap 30minit.”
Tiba2 pukul 9am doktor datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah. Darah melimpah.”
Sempat mesej suami maklumkan tumpah darah
Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatsapp suami beri tahu tumpah darah. Suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba2 doktor kata kena terus operate.”
Macam2 ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sbb doktor ada beritahu salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.”
Dalam sakit pun masih fikir soal anak2 & suami
Menerusi perkongsian yang dinyatakan oleh Abby itu, jelas sekali kerisauan yang mereka hadapi semasa waktu-waktu genting itu. Risiko yang perlu dihadapi oleh Abby dan bayinya benar-benar menyentuh hati.
Mereka juga memuji Abby kerana masih lagi memikirkan soal anak-anak dan suami andai kata ada perkara tidak baik terjadi kepadanya semasa proses kelahiran tersebut.
Masuk Minggu Ke-2 Danial Makin Kuat
Dalam perkongsian Abby mengenai keadaan baby Danial nampaknya perkembangan positif terus ditunjukkan setiap hari. Walaupun di awalnya banyak risiko menanti kuasa Allah hingga hari ini Danial kuat dan boleh bertahan.
View this post on Instagram
Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Sempat Mama scan 6D aritu sebelum terberanak hihi 🙊 Skrg dah lahir dah dia. Keluar pramatang 24minggu dgn berat 535gm. Minggu pertama turun 470gm, skrg 16hari dah naik 600gm, sekelip mata segalanya berlaku… rasa mcm masih bermimpi pun ada 🥰 . Yer…Hari ni hari ke 16 dah.. Ya ALLAH, hebat terus ye anak Mama Abah. Terus kuat & bertahan ok. Mama dah ada set bantal dia, pastu nanti Mama nk buat cantik2, nk hias comey2 katil dia utk sambut dia balik ye hehe.. Amin Amin semoga ALLAH permudahkan 😇😍 . Tadi pagi2 lagi Mama & Abah @jaiezzany dah jenguk Baby Danial. Hantar susu, urut2, sembang2 lagi hihi… Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur😭🙏🏻 . Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan Sy tahu ada ramai juga Sahabat2 disini yg syg pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok 😘 Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang 💪🏻 . Ps: Ni, sehari sebelum masuk hospital haritu 🙃 Pergi HBSB aritu sebenarnya untuk berehat je sebab bacaan darah tinggi & turun naik… ingat dah ok, minta keluar balik mcm yg Sy pernah buat kalau check in di KPJ Tawakal. Rupanya, hospital kerajaan tak buleh suka suki dah masuk nk keluar mcm tu huhu… Dah masuk, berserah & bertabahlah 🙊 #sambungpasalterberanaknantiye hehe #TerusDoakanBabyDanialkami #HanyaDOAbulehUbahTakdirDIA
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua… Syukur
Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.
Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang!
Sumber: ig abby abadi