loading...

Isteri Mudah Stres & Moody Sebab Setiap Masa Nak Fikir Semua Sampai Diri Terabai

Kenapa wanita mudah sangat stres dan moody? Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ni walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak  hingga hati dan perasaan sendiri terabai.

Perkongsian dari saudara Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.

Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody kan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.

“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abg hari sabtu ni.”

“Bang dah lama tak balik jumpa mak abg, bila nak balik?”

“Bang nanti kita pergi melawat adik abg tengok baby”

“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”

“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”

Begini la bila jadi wanita, setiap masa dia duk fikir pasal orang lain. Pasal adik la, adik ipar la, mak mertua la, mak dengan ayah sendiri la.

ARTIKEL LAIN [Sekeras-Keras Hati Suami, Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata]

Memang sahih bahawa wanita ni dilahirkan sebagai CONNECTOR

Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.

Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…

Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.

Apa yang di cakap tu hanya la secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak dia orang ni berselirat banyak lagi benda lain.

Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.

Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita ni. Makin mudah la stres!

Tugas lelaki kena dengar dan korek sebanyak mungkin maklumat dari otak isteri supaya otak yang berselirat tadi boleh jadi lapang selapangnya.

Bila otak dah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.

Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.

Sebab suami yang rajin mendengar ni akan beri isteri Self Care dan Self Healing yang paling diorang idamkan.

Jangan terkejut pula lepas selalu jadi pendengar setia isteri korang jadi semakin cantik dan awet muda.

Sumber: Mohd Fhais

Previous
Next Post »
loading...