loading...

Selepas Hampir Sebulan, Inilah Kutipan Terkini KL Special Force Yang Mengagumkan!

selepas hampir sebulan inilah kutipan terkini kl special force yang mengagumkan 1

Kredit foto: Mstar

Produser filem KL Special Force, Datuk Yusof Haslam menzahirkan kesyukuran atas sambutan baik yang diterima terhadap filem terbaru arahan anaknya, Syafiq Yusof.

Ditayangkan di 120 pawagam, filem penuh aksi yang menemui penonton sejak hampir sebulan lalu itu, sehingga kini berjaya mengaut kutipan sebanyak RM12.1 juta.

Yusof berkata, kejayaan KL Special Force yang masih lagi ditayangkan di pawagam, membuktikan citarasa penonton tidak terhad terhadap sesetengah genre sahaja.

"Pencapaian filem ini menbuktikan cerita bukan komedi tapi kisah polis yang serius boleh diterima penonton," katanya menurut portal Astro Gempak.

Yusof yang mendapat jolokan ‘Six Million Dollar Man’, dalam masa sama menegaskan, filem yang mendapat sambutan baik daripada penonton semestinya akan terus kekal ditayangkan serta ditambah jumlah pawagam.

"Jumlah pawagam ini bergantung pada permintaan pasaran. Seperti KL Special Force pada mulanya mendapat 80 pawagam sebelum ditambah kepada 120 pawagam," katanya.

Sementara itu, Yusof selaku ahli panel Jawatankuasa Skim Wajib Tayang turut mengulas kenyataan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebelum ini yang mempertikaikan penentuan jumlah pawagam menerusi skim berkenaan.

selepas hampir sebulan inilah kutipan terkini kl special force yang mengagumkan 2

Kredit foto: tv14.my

"Pemamer berbincang dengan kami terdiri daripada wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersama wakil Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan jawatankuasa Skim Wajib Tayang dan pemamer dalam menentukan jumlah pawagam untuk sesebuah filem.

"Jika kutipan kurang daripada 15 peratus berdasarkan jumlah penonton, filem itu boleh ditarik balik tayangan," katanya.

Bahkan, syarat itu turut melibatkan mana-mana filem yang tidak mendapat sambutan termasuk filem luar seperti Hollywood.

"Permintaan pasaran juga bergantung pada kehendak penonton. Saya bukan mahu menyebelahi pawagam tapi perlu ada tolak ansur antara produser dengan pemamer.

"Sebolehnya, produser jangan bergaduh atau bermusuh dengan pawagam. Kami sendiri di dalam Jawantankuasa Skim Wajib Tayang sentiasa berjuang untuk filem tempatan mendapat lebih banyak jumlah tayangan di pawagam tetapi ini semua ditentukan pemamer dan penonton," katanya.

Previous
Next Post »
loading...