Kredit foto: Mstar
Sutradara Mak Cun 4, Erma Fatima menafikan dakwaan pihaknya sengaja mencipta kontroversi Aiman Tino ditampar semata-mata untuk menaikkan 'rating' drama bersiri arahannya.
Malah, beliau mengatakan pihak luar seperti sengaja memanjangkan isu penyanyi muda itu yang sebelum ini mendakwa dirinya dilempang pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud di set penggambaran.
“Saya malas nak layan perkara remeh seperti ini. Sebenarnya ia perkara kecil saja. Aiman tidak ada masalah, begitu juga kedua ibu bapanya yang berada di lokasi. Mereka lebih tahu apa terjadi waktu itu.
“Ia jadi kecoh disebabkan pihak luar yang sengaja perbesarkan isu ini. Sedangkan hakikat sebenar Aiman yang minta tolong Fazlina beri ‘mood’ kepadanya agar menangis. Malah, adegan tampar berkenaan tidak berlaku pun. Fazlina hanya pegang muka Aiman.
“Lagi satu, saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini untuk meuar-uarkan drama saya. Siri Mak
Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Sebelum ini, kisah Aiman ditampar Fazlina menjadi hangat apabila pengurus penyanyi remaja itu berkongsi kejadian berkenaan menerusi status Facebook.
Namun, Fazlina dalam kenyataan susulan menegaskan tindakannya bertujuan untuk memberikan 'mood' lakonan kepada Aiman.
Fazlina turut berkata, dia tidak takut andainya pihak pengurusan Aiman mahu membawa kes itu kepada pihak polis.
Lanjutan itu, Aiman memaklumkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk membuat laporan polis terhadap adik kepada pelakon Fauziah Ahmad Daud itu.
Dalam pada itu, Mak Cun musim terbaru akan mula ditayangkan di saluran TV3 bermula 7 April ini, setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam.
Antara lain menampilkan nama-nama popular seperti Erra Fazira, Datuk Awie, Ziana Zain, Datuk Paduka Umie Aida dan ramai lagi.

Jpj Ganti 163 Dokumen Secara Percuma Kepada Mangsa ...

Lisa Hampir Tak Terpilih Sertai Siri The White Lo ...

#hiburan: Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula La ...

11 Tilam Angin Terbaik, Kalis Air & Tahan Lasa ...