loading...

10 Negara Dengan Perhambaan Moden Paling Dahsyat

negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Sistem perhambaan digunakan sejak dari zaman dahulu lagi. Namun setelah dunia mengalami pemodenan, sistem ini tidak lagi digunakan dan dianggap sebagai tidak lagi relevan.

Walaupun begitu, masih terdapat banyak negara di dunia moden ini masih menggunakan sistem perhambaan. iluminasi.com kali ini berkongsi dengan anda 10 buah negara dengan populasi yang paling tinggi hidup dalam perhambaan moden.

10. Indonesia - 736,100 

indonesia negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Dengan populasi melebihi 266 juta, Indonesia adalah negara ke-4 dengan populasi tertinggi di dunia. Dalam jumlah yang begitu tinggi ini, dianggarkan seramai 714,000 berada di bawah perhambaan moden, iaitu 0.286% daripada jumlah populasi.

Perhambaan moden di Indonesia dikategorikan oleh paksaan buruh dalam kerja domestik, pertanian dan sektor penangkapan ikan, menurut Walk Free Foundation. Dilaporkan bahawa pengeluaran minyak sawit di Indonesia sangat bermasalah, yang dikatakan ia dihasilkan oleh pekerja yang terperangkap dalam industri ini.

Indonesia seperti negara-negara membangun yang lain mengalaami pertumbuhan yang pesat, termasuklah inflasi yang tinggi.

9. Republik Kongo - 873,100

republik kongo negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Republik Kongo merupakan antaraa negara yang paling kurang membangun di dunia walaupun ekonomi yang kuat seperti yang dibuktikan oleh pertumbuhan KDNK sebanyak 8% pada 2013, namun 1.13% daripada populasinya hidup dalam perhambaan moden.

Ia menjadi lokasi peperangan yang besar di antara negara-negara Afrika di antara 1998 dan 2003 yang mengorbankan berjuta-juta nyawa, dan terdapat konflik yang masih berterusan sehingga ini.

Disebabkan ini, kestabilan politik tak tercapai dan kekejaaman perang ini membuatkan ramai rakyat Republik Kongo terdedah kepada perhambaan moden. Faktor lain yang menyumbang kepada maslah ini adalah kerana mempunyai sumber bumi yang kaya dan hamba-hamba digunakan dalam perlombongan berlian, tembaga dan emas.

Usaha kerajaan negara ini tidak mencukupi dan digredkan C oleh Indeks Perhambaan Global. 

8. Nigeria - 875,500

nigeria negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Nigeria masih bergelut dengan perhambaan moden walaupun negara ini tidak menderita akibat perang saudara dan kekacauan awam seperti negara-negara Afrika yang lain. Dianggarkan seorang daripada setiap 200 penduduk hidup dalam perhambaan moden, antara yang tertinggi di dunia.

Walaupun masalah ini mengancam negara ini, namun kerajaan Nigeria lebih baik daripada negara lain dalam mencuba membanteras masalah ini. Nigeria merupakan satu-satunya negara daripada negara sub-Sahara dengan bajet yang jelas iaitu RM46 juta sebagai respon kepada penyeludupan manusia.

Bajet ini adalah yang tertinggi di wilayah ini yang membantu kerajaan Nigeria menerima penarafan indeks terbaik dalam kalangan negara Afrika bagi respon terhadap perhambaan. Namun, korupsi masih menjadi masalah besar di Nigeria.

7. Rusia - 1.05 juta

russia negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Menurut Walk Free Foundation, Rusia merupakan 1 daripada 5 negara yang mempunyai jumlah rakyat mencecah sejuta orang yang hidup dalam perhambaan moden. Jumlah ini termasuk mereka yang lahir dalam negara-negara yang sebahagian daripada Kesatuan Soviet, dan wanita serta kanak-kanak yang diperdagangkan sebagai pelacur.

Yayasan ini bimbang terhadap respon kerajaan Rusia berkenaan masalah ini dan menyatakan bahawa peningkatan kadar perhambaan moden di Rusia adalah disebabkan oleh korupsi yang berleluasa.

KDNK Rusia merupakan antara yang tertinggi bagi negara-negara yang bergelut dalam masalah ini. Namun disebabkan penurunan harga minyak dan sekatan ekonomi telah mengekang pertumbuhan ekonomi Rusiaa.

6. Korea Utara - 1.24 juta

korea utara negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Walaupun Korea Utara berada di tangga ke-6 senarai ini dari segi populasi, namun jika dibandingkan dengan peratusan populasi, negara ini mempunyai peratusan perhambaan moden tertinggi di dunia iaitu 4.373%.

Dikatakan kerajaan Korea Utara menghantar pekerja-pekerjaa ke luar negara dan dipaksa bekerja termasuklah di kilang-kilang tekstil di China. Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu menggelarkan perhambaan moden di Korea Utara sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

5. Uzbekistan - 1.24 juta

uzbekistan negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Dengan peratusan setinggi 3.973% bersamaan 1,236,600 populasi Uzbekistan yang hidup dalam perhambaan moden, ia merupakan yang ke-5 terburuk di dunia. Sebahagian besar perhambaan ini tertumpu di sektor tanaman kapas yang mana terdapat buruh paksa yang dibenarkan oleh kerajaan.

Kerajaan Uzbekistan memaksa lebih daripada 1 juta petani untuk menanam kapas dan memaksa mereka menuai setiap musim luruh untuk kepentingan negara. Menurut kumpulan anti-perhambaan, petani-petani ini berharap untuk mengelak daripada membayar RM780 kepada kerajaan yang mana satu beban kepada golongan yang miskin ini.

uzbekistan negara paling tinggi populasi perhambaan moden 2

Mereka dipaksa untuk menjual kapas dengan harga yang rendah kepada kerajaan yang kemudiannya mengeksport kapas dan memperoleh RM3.8 bilion, bergantung kepada harga pasaran.

Wang ini kemudiannya masuk ke poket golongan elit yang memerintah negara. Dan ketika menuai kapas, terdapat laporan mengenai penyakit yang melanda petani-petani disebabkan oleh kekurangan zat makanan selepas beberapa minggu bekerja keras.

4. Bangladesh - 1.53 juta

bangladesh negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Walaupun anggaran jumlah rakyat Bangladesh yang hidup dalam perhambaan moden adalah sebanyak 1.53 juta namun terdapat kemungkinan jumlah ini lebih tinggi. Ia disebabkan oleh 7.4 juta kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 hidup dalam perhambaan kanak-kanak, menurut UNICEF.

Menurut Walk Free Foundation, kilang pakaian 8 tingkat yang runtuh tahun lalu dan membunuh lebih daripada 1,000 pekerja telah membongkar realiti terhadap ekploitasi dalam sektor ini termasuklah pemberian gaji rendah, kerja lebih masa dan fasiliti tidak selamat dalam industri pakaian Bangladesh.

Walaupun tak diketahui berapa ramai pekerja sektor pakaian berkemahiran rendah di Bangladesh yang berada di bawah perhambaan moden, namun insiden ini menyerlahkan lagi nasib rakyat yang tidak diurus dengan baik dalam persekitaran yang tidak terkawal dan berbahaya.

Industri pakaian Bangladesh berkembang dengan pesat sekali dan ia dieskport ke negara Barat. Ia mungkin lagi diburukkan oleh rasuah seperti negara-negara lain yang

3. Pakistan - 2.13 juta

pakistan negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Menurut Indeks Perhambaan Global, perhambaan hutang dan buruh terikat adalah bentuk perhambaan moden yang paling berleluasa di Pakistan. Wilayah Punjab dan Sindh menjadi lokasi panas kepada perhambaan ini.

Di peringkat nasional, sebanyak 1.13 % daripada populasi Pakistan 

Perbudakan hutang, atau buruh terikat, adalah bentuk perhambaan moden yang paling merajalela di Pakistan diperhambakan pada hari ini. Keluarga-keluarga miskin terperangkap dan menjadi mangsa apabila meminjam wang daripada mereka yang kaya untuk tujuan kecemasan seperti sakit.

pakistan negara paling tinggi populasi perhambaan moden 2

Sebagai balasan untuk pinjaman tersebut, keluarga-keluarga miskin ini menjadi tambahan kepada koleksi harta benda si kaya. Lebih teruk, hutang yang tinggi memerlukan lebih daripada satu generasi untuk dilangsaikan, dan sehingga dilangsaikan, seluruh keluarga miskin ini menjadi milik keluarga kaya.

Di Pakistan biasanya mereka yang kaya memiliki lombong arang batu, kilang karpet atau pertanian seperti penanaman kapas, gandum atau beras, yang mana kebanyakan kerja dilakukan oleh buruh paksa. 

Kilang batu bata adalah tempat yang paling banyak berlakunya perhambaan.

2. China - 3.39 juta

china negara paling tinggi populasi perhambaan moden 2

Lebih daripada 3 juta rakyat di China hidup dalam perhambaan moden menurut laporan Indeks Perhambaan Global. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya perhambaan ini adalah disebabkan pemodenan yang tersangat pesat. 

Hamba-hamba di China bekerja dalam sektor pembinaan, perlombongan, industri berat dan pembantu rumah. Berjuta-juta rakyat China dianggap sebagai pendatang tempatan yang meninggalkan rumah mereka di kawasan luar bandar yang miskin untuk bekerja di bahagian lain di serata China.

china negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Disebabkan terdesak, golongan miskin terdedah menjadi buruh paksa, dieksploitasi secara seksual dan kahwin paksa. Perhambaan seks adalah sangat terkenal di CHina yang mana gadis-gadis dari Kemboja dan Vietnam diseludup masuk ke China untuk dijual sebagai pengantin perempuan.

Desperasi mendedahkan pendatang miskin ke buruh paksa, eksploitasi seksual, dan perkahwinan paksa. Penghambaan seksual juga terkenal di China, kerana gadis muda dari negara-negara seperti Kemboja dan Vietnam diperdagangkan ke China untuk dijual sebagai pengantin perempuan.

1. India - 18.35 juta

india negara paling tinggi populasi perhambaan moden

Dengan anggaran jumlah populasi yang hidup dalam perhambaan moden sebanyak RM18.354 juta, India diiktiraf sebagai ibu negara dunia bagi perhambaan moden. Hamba-hamba ini kebanyakannya bekerja di kilang batu bata, kilang beras, kilang sulaman, kuari, ladang tanaman dan di rumah-rumah sebagai orang gaji.

Jika seseorang itu tak mampu membayar hutang, mereka akan ditangkap oleh penghutang dan dipaksa membayar dengan cara buruh paksa yang tak berkesudahan. Kadar faedah yang sangat tinggi dikenakan bagi memastikan hamba-hamba ini tidak dapat membayar hutang mereka.

india negara paling tinggi populasi perhambaan moden 2

Malah, hutang juga mempunyai terma yang tak masuk akal termasuklah hutang akan menjadi semakin bertambah jika hamba tersebut kehilangan pekerjaan disebabkan sakit. Seluruh keluarga termasuk kanak-kanak dipaksa bekerja untuk si penghutang.

India juga tak terlepas daripada perhambaan seks di mana gadis dan wanita muda yang mempunyai hutang menjual badan mereka. Kebanyakan eksploitasi ini berlaku dalam masyarakat India yang tersangat miskin di mana mereka tidak berpendidikan dan tak mengetahui hak untuk mempertahankan diri daripada amalan perhambaan ini.

Rujukan:

1. Walk Free Foundation

2. Global Slavery Index

3. World Atlas

4. 24/7 Wall St

Previous
Next Post »
loading...