loading...

Tidak Pernah Sakit Walau Hanya Makan Daun Dan Kayu Mentah Sejak 25 Tahun Lalu

Di Pakistan, seorang lelaki layak digelar Raja Vegetarian kerana menjadikan kayu dan daun segar sebagai sumber pemakanan harian. Dia tidak perlu memasaknya, sebaliknya dipetik dan terus dimakan langsung dari pokok.

Ia bermula 25 tahun yang lalu ketika Mehmood Butt berusia 25 tahun. Ketika itu hidupnya sangat miskin sehingga tidak mampu mendapat makanan yang mencukupi. Terdesak dengan keadaan ini, Mehmood mencari ikhtiar untuk mengisi perutnya.

Dia memutuskan untuk mengisi perutnya dengan daun dan kayu yang dimakan mentah.

“Keluarga saya sangat miskin. Segalanya di luar kemampuan dan sangat sukar mendapatkan makanan. Jadi saya fikir lebih baik makan kayu dan dedaunan daripada meminta sedekah di jalanan,” katanya.

Anehnya daun dan kayu yang dimakan mentah tidak membawa sebarang mudarat kepada kesihatannya. Malah selepas 25 tahun mengamalkan pemakanan pelik ini dia tidak pernah sakit, apatah lagi menjejakkan kaki ke hospital.

Menurut jirannya Ghulam Mohammad, Mehmood tidak pernah sakit sehingga dimasukkan ke hospital.

“Dia tidak pernah berjumpa doctor atau masuk hospital. Kami terkejut bagaimana seseorang yang suka makan ksyu tidak pernah sakit,” kata Ghulam.

Mehmood Butt yang kini berusia 50 tahun berasal dari daerah Gujranwala wilayah Punjab ini mengaku dia sudah terbiasa memakan daun dan kayu.

“Makan kayu dan daun sudah menjadi habit saya sekarang,” katanya.

Mengimbas kembali peristiwa lama, setahun selepas menjadikan kayu dan daun sebagai santapan harian, dia mendapat kerja dan mampu membeli makanan. Anehnya kebiasaan makan daun dan kayu tidak dapat ditnggalkannya.

Menurutnya kayu banyan, tahli dan sukh chain antara kegemarannya.

Semasa bekerja membawa barangan menggunakan keldai, Mehmood biasanya akan singgah di tempat yang ada kayu dan daun kegemarannya.

“Dia akan berhenti sebentar di tepi jalan dan makan ranting kayu segar,” ujar jirannya Ghulam.

Bagi penduduk Gujranwala, mereka sudah biasa melihat keanehan tabiat pemakanan Mehmood. Malah ramai yang kagum dengan diet seperti haiwan herbivor dia mampu mengekalkan kesihatannya.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...