NEW YORK (PBB) – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraihitamkan tentera pakatan diketuai Arab Saudi yang terbabit dalam perang di Yaman atas tuduhan membunuh dan mencederakan kanak-kanak.
Keputusan PBB itu mendorong kumpulan hak asasi meningkatkan desakan mereka terhadap Riyadh berhubung konflik terbabit.
Ketika mengumumkan keputusan itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata tentera pakatan sudah mengambil beberapa langkah untuk menambah baik aspek perlindungan terhadap kanak-kanak.
Tahun lalu, tentera pakatan dilapor bertanggungjawab dalam serangan ke atas 38 sekolah dan hospital yang menyebabkan 683 kanak-kanak terkorban atau cedera.
Sementara itu, Duta Arab Saudi, Abdallah al-Mouallimi dijangka mengadakan sidang media di PBB hari ini. – AFP/BH ONLINE
Loading...