loading...

“Bomoh Suruh Saya Berasmara Dengan Keldai Supaya Jadi Kuat…”

Entah di mana logik dan rasionalnya kalau berhubungan intim dengan keldai akan menjadi gagah perkasa. Ntando Mankungwini 23 tahun dari Afrika Selatan telah disarankan oleh seorang bomoh supaya berasmara dengan keldai kalau mahu menjadi kuat.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada menjadi kuat bertenaga seperti Hercules atau kuat dari segi batin seperti ‘Mail Kerbau.’ Tapi tidak kisahlah kuat dari segi apapun, yang penting artikel ini menyorot kebodohan Ntando yang percaya bulat-bulat dengan nasihat bomoh temberang tersebut.

Bersemangat untuk menjadi kuat, Ntando pun masuk ke sebuah kampung dan nekad mencuri dua ekor keldai lalu membawanya ke sebuah tempat terpencil di Barat Cape.

Tanpa berlengah dia pun melaksanakan niatnya dan sempat berasmara dengan salah seekor keldai tersebut sebelum ‘terkantoi’ oleh cucu pemilik haiwan berkenaan.

Ntando segera ditangkap dan ternyata dia tidak punya kekuatan untuk melawan dan melepaskan diri. Akhirnya dia pasrah dibawa ke balai polis.

Hasil soalsiasat polis, Ntando mengaku berasmara dengan keldai kerana mengikut petua yang diberikan oleh seorang bomoh. Kononnya berasmara dengan keldai mampu menjadikan dirinya kuat

Semasa dibicarakan dalam mahkamah, Ntando didapati bersalah kerana melakukan hubungan intim dengan haiwan. Hakim memutuskan hukuman 12 bulan penjara kepadanya.

Mesej dan pengajarannya sangat jelas. Berasmara dengan keldai tidak memberikan kamu kuasa, sebaliknya mendapat malu dan terkurung dalam jeriji besi!

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...