loading...

3 Negeri Yang Mencatatkan Kadar Perceraian Paling Kronik di Malaysia

gaduh suami isteri

Kadar perceraian di negara kita pada ketika ini dianggarkan 156 pasangan satu hari atau 6 pasangan dalam satu jam. Menakutkan bukan statistik tersebut?

Apa yang lebih menakutkan, berdasarkan angka-angka sedia ada, diramalkan pada tahun 2020, seramai 15 pasangan akan bercerai dalam satu jam, menjadikan angka perceraian sehari di Malaysia berada pada paras 360 pasangan. Sehari!

Tahukah anda di negeri mana kerap berlaku insiden cerai yang meruntuhkan keluarga?

nurul izzah bekas suami di mahkamah syariah

Menurut laporan yang telah dibentangkan di Parlimen, berlakunya satu konsistensi dalam angka kadar perceraian di Malaysia apabila 3 negeri iaitu Selangor, Sabah dan Johor masing-masing menduduki tiga tangga teratas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pasangan Melayu setiap tahun mencatatkan angka paling tinggi.

Bagaimanapun, apa yang lebih menakutkan adalah kebanyakan pasangan yang bercerai, majoritinya mempunyai usia perkahwinan bawah 5 tahun. Mengapakah fenomena itu berlaku?

Pasti ramai di antara anda yang bercinta dahulu sebelum bercerai tetapi mengapakah hampir 56.2 peratus daripada kes cerai berlaku kerana tiada persefahaman? Bukankah kita diberikan waktu yang cukup untuk mengenali hati budi bakal pasangan kita?

Tidak dinafikan ramai sebenarnya pasangan yang agak terkejut berbezanya cara mereka berkomunikasi dan berhubung ketika sedang belajar mengenal hati budi dan selepas berlangsungnya perkahwinan. Begitu juga bagaimana berlaku perubahan di kalangan pasangan selepas berkahwin apabila tanggungjawab mula dirasai satu per satu. Ramai lelaki mengambil jalan mudah mahu mengekalkan corak hidup bujang sehinggakan 15.2 peratus kes perceraian berlaku akibat sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, masalah isteri curang juga semakin menjadi-jadi apabila mencatatkan 11.8 peratus kes menjadi punca kepada perceraian. Seperti kisah-kisah rumah yang kerap kali kedengaran apabila pasangan lama bertemu kembali sehingga terjebak terlanjur, masalah ini bukanlah satu lagi masalah kecil.

cerai putuskan hubungan keluarga

Masalah campur tangan keluarga yang pernah juga dibincangkan oleh kami juga menjadi penyebab utama kepada penambahan statistik perceraian yang kian meruncing.

Jika negara kita diramalkan bakal berhadapan dengan masalah 15 pasangan bercerai dalam satu jam pada tahun 2020, bukankah ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita mencari jalan membincangkan punca kenapa masalah ini berlaku, sebelum perkara itu benar-benar menjadi kenyataan?

Sebagai maklumat tambahan, kadar perceraian paling tinggi dalam kalangan sektor awam berlaku pada penjawat awam sektor kesihatan awam yang memerlukan komitmen masa yang agak panjang sehingga pasangan terabaikan rumah tangga.

Statistik perceraian di Malaysia Julai 2016

Negeri 2014 2015 Sehingga Julai 2016
Selangor 11297 11873 7731
Sabah 7421 8272 6638
Johor 5871 4700 4700
RUJUKAN

Sinar Online

Utusan Online

BH Online

Kerja syif punca cerai

Hansard Parlimen 14 Nov 2016 PDF

Previous
Next Post »
loading...