Kredit foto: Instagram Neelofa
Dilanda isu silih berganti, pelakon dan pengacara Noor Neelofa sekali lagi mendapat tumpuan meluas selepas memperagakan fesyen unik dalam sebuah acara fesyen yang dihadirinya.
Neelofa tampil berani dengan padanan jaket bersama seluar berwarna oren, turban di atas kepala dan 'pouch bag' besar menghias pinggang.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Menerusi
Komen negatif rata-ratanya mempertikaikan motif pengacara Meletop itu tampil bergaya sedemikian.
Sesetengahnya pula menganggap ia 'wardrobe malfunction', menggelarkannya seperti kartun Naruto versi muslimah sekaligus menyifatkan pemilik jenama Naelofar Hijab itu sebagai mangsa fesyen.
Sementara itu, ramai juga peminat yang memuji penampilan bintang sensasi ini kerana memahami fesyen yang cuba ditonjolkannya.
Terdahulu, Neelofa selaku duta untuk kempen anti buli, menyelar tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah netizen yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk menghentam pengguna lain.

#mas2025: Lambretta X300 Gt Lancar Dengan 2 Warna ...

Anak Kedah Cari Dana Dengan Tawan Everest, Sanusi ...

Warna Najis Bayi Dan Kesihatan: Normal Atau Tanda ...

Anggota Fru Wira Negara, Sentiasa Di Barisan Hadap ...