loading...

Dihentam Kerana Tak Keluar Mengundi, Ini Jawapan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

dihentam kerana tak mengundi ini jawapan hairul azreen dan hanis zalikha 1

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha

Dipersoalkan netizen, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha akhirnya mengakui tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Hanis dan Hairul dalam kenyataan kepada Harian Metro berkata, mereka mempunyai komitmen kerja penting yang perlu dilangsaikan pada hari sama.

Kata Hanis, berikutan jadual kerjaya seni Hairul padat menjayakan rakaman filem Paskal di luar ibu kota, mereka menggunakan hari tersebut untuk penggambaran iklan Jakel.

“Jujur saya kecewa dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

“Lebih-lebih lagi apabila saya melihat kebangkitan rakyat dan semangat nasionalisme tinggi yang ditunjukkan membuatkan saya berasa sangat terkilan kerana tidak dapat mengundi,” katanya.

Menurutnya lagi, usaha untuk mendapatkan tarikh bagi penggambaran iklan itu menemui jalan buntu kerana jadual yang tidak mengizinkan.

dihentam kerana tak mengundi ini jawapan hairul azreen dan hanis zalikha 2

Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha

“Memandangkan Hairul sibuk dengan filem Paskal dan saya sendiri sudah terikat dengan beberapa jadual kerja menyebabkan kami tiada pilihan,” katanya.

Terdahulu, nama Hanis dan Hairul menjadi antara selebriti disebut-sebut kerana tidak menjalankan peranan sebagai warganegara.

Netizen menyedari hakikat itu apabila pasangan ini tidak berkongsi foto di media sosial sebagai bukti keluar mengundi.

Previous
Next Post »
loading...