loading...

Adiperkasa, Siri Adiwira Tokusatsu Pertama Di Malaysia

adiperkasa siri adiwira tokusatsu pertama malaysia 1

Kredit foto: Facebook Heroes ART Studio

Tampil menyuntik kelainan dalam usaha memperkenalkan konsep adiwira bertopeng versi tempatan, Heroes ART Studio menghasilkan siri adiwira Tokusatsu pertama di Malaysia berjudul 'Adiperkasa'.

Diilhamkan daripada siri adiwira popular Jepun seperti Kamen Rider dan Super Sentai, Adiperkasa mengangkat kisah seorang pendekar alaf baharu, Qhay yang berperanan menjayakan misi menyelamatkan dunia, iaitu mengusir anasir jahat yang datang dari alam bunian kegelapan.

Bapa Adiperkasa, Qhaz (Akmal Razak), seorang guru persilatan serta pemakai Zirah Proto Tiga (Adijagad) bertindak sebagai tulang belakang kepada beliau. Menerusi organisasi 'Laksamana', Qhaz menjaga warisan keluarganya serta melindungi zirah daripada dirampas kuasa jahat.

Bakal ditayangkan kepada umum pada 18 Mei ini dalam bentuk pilot episode di laman Youtube, episod pengenalan berdurasi lima minit itu disiapkan dengan bantuan kos kewangan daripada netizen dalam sesi crowdfunding yang dijalankan selama lebih dua bulan menerusi kerjasama dengan Mystartr, sebuah platform crowdfunding di Malaysia. 

Difahamkan, pilot episode ini dihasilkan sebagai memenuhi syarat pihak penyiaran televisyen dalam proses membawa siri itu ke kaca TV.

adiperkasa siri adiwira tokusatsu pertama malaysia 2

Kredit foto: Facebook Heroes ART Studio

Episod pengenalan dijayakan barisan para pelakon seperti Soeradzi Katni sebagai Qhay (Adiwira Adiperkasa), Akmal Razak sebagai Qhaz (Adiwira Adijagad), Inamul Hassan Shah sebagai Kumar (Saintis Organisasi Laksmana) dan Joey Sheon Sebagai Jenny (Artificial Intelligent Organisasi Laksmana).

Dalam perkembangan berkaitan, pihak produksi Heroes ART Studio dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasminya berkata, pihaknya bakal mengembangkan jenama itu ke pasaran antarabangsa sekiranya hasrat membawa siri tersebut ke kaca televisyen menjadi kenyataan.

"Heroes Art Studio mempunyai visi untuk menghasilkan produk televisyen bersiri tokusatsu tempatan untuk pasaran Malaysia dan luar negara," katanya. 

Previous
Next Post »
loading...