Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose
Pihak polis menegaskan penyiasatan terhadap artis wanita yang ditahan kerana dadah Ahad lalu tetap akan diteruskan.
Ia susulan kenyataan aktres terbabit yang mendakwa dirinya disabotaj pihak tertentu selepas disyaki memiliki 53 biji pil dipercayai Erimin 5.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid berkata, pihaknya kini dalam proses siasatan bagi menentukan pil berbalut kerajang aluminium (aluminium foil) yang ditemui dalam tas tangan wanita itu adalah dadah atau sebaliknya.
Kredit foto: Mstar
"Susulan penemuan bahan itu bersama pelakon terbabit, kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini
Menurutnya, proses siasatan akan berterusan dengan mengenalpasti punca sebenar dadah itu berada dalam simpanan pelakon berkenaan.
"Hanya selepas mendapat keputusan ujian makmal, barulah kita akan menjurus kepada siasatan lain termasuk bagaimana bahan itu berada bersamanya, termasuk unsur sabotaj," katanya.
Roslan menambah, dakwaan aktres itu yang mengatakan dirinya disabotaj tidak akan menghentikan siasatan.
Terdahulu, pelakon berasal dari Kelantan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi pada jam 11.45 pagi, sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Menerusi laporan portal Mstar sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah berkenaan bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu didapati negatif.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis
Kes itu bakal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Aliff Syukri Kenang Detik Cinta & Perjuangan H ...

Valorant Mobile Akhirnya Diumum, Tapi Anda Belum B ...

Saya Tengok Ni Key Shinee Tegur Sikap Kurang ...

Kerja Malam Antara Punca Calon Spm 2024 Gagal Semu ...