loading...

"Tak Guna Ada Kerajaan Baru Tapi.." - Erma Fatima Sindir Pedas

tak guna ada kerajaan baru tapi erma fatima sindir pedas 1

Kredit foto: Instagram Erma Fatima

Penerbit dan pengarah Erma Fatima mengingatkan netizen bahawa segala perubahan yang cuba dibawakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membawa makna selagi masyarakat masih terbelenggu dengan kehidupan lama mereka.

Erma, 50, menganggap rakyat yang hidup dengan mentaliti kelas ketiga harus mengubah diri mereka seiring dengan perubahan yang bakal dibawakan.

"Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan BR1M.

"Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

"Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam," tulisnya dalam kiriman Instagram, hari ini.

Pengarah Mak Cun itu memetik semula hasil tulisan individu bernama Khairul Abdullah yang menjadi tular di laman Facebook. 

tak guna ada kerajaan baru tapi erma fatima sindir pedas 2

Kredit foto: Facebook Khairul Abdullah

Tidak sekadar itu, perkongsian berkenaan menegaskan bahawa ekonomi negara tidak akan pulih sekiranya hanya mengharapkan usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja.

Katanya, tidak akan ada perubahan drastik yang akan berlaku dengan hanya bersandarkan perubahan kerajaan sahaja.

"Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

"Kau harapkan kerajaan baharu sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar Bangla sahaja yang buat," katanya lagi.

Kiriman itu secara keseluruhannya menyindir sikap masyarakat yang gemar berpeluk tubuh inginkan kehidupan yang senang tanpa berusaha.

"Apa gunanya kerajaan baharu kalau hidup dan perangai kita masih tak berubah," tulisnya lagi.

Previous
Next Post »
loading...