loading...

Haida Gegar Vaganza 4 Rahsiakan Penyakit

haida gegar vaganza 4 rahsiakan penyakit 1

Kredit foto: Instagram Haida Hafiz

Penyanyi Haida Hafiz mendedahkan menghidap masalah kesihatan hingga tidak mampu bergiat aktif dalam dunia hiburan. 

Haida memberitahu, dia terpaksa mendapatkan rehat secukupnya beberapa bulan sejurus berakhirnya program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun lalu.

“Selepas GV4 berakhir saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti seni kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Dalam tempoh beberapa bulan itu, saya hanya berehat di rumah sehingga saya betul-betul dah OK, barulah saya kembali merencana kerjaya seni,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu diwawancara di majlis pelancaran Program Ramadhan Astro 2018 pada Rabu.

Begitupun penyanyi Zapin Usik Mengusik ini tidak terbuka untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang sakit yang dihidapinya.

“Cukuplah peminat dan orang orang di luar sana tahu saya sekarang sudah OK dan bersedia untuk kembali bekerja seperti biasa,” beritahunya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, Haida berkata, dia mula melibatkan diri dalam dunia lakonan dengan membintangi telefilem berjudul Tergantung Rindu.

haida gegar vaganza 4 rahsiakan penyakit 2

Kredit foto: Instagram Haida Hafiz

“Haida terima tawaran berlakon ni sebab ia benda baru buat dalam kerjaya seni Haida dan dalam masa yang sama nak cuba rasa pengalaman sebagai seorang pelakon macam mana.

“Walaupun babak untuk watak ibu bernama Maya dalam telefilem ini tak banyak sangat, tetapi Haida dapat rasakan betapa tingginya komitmen yang perlu diberikan oleh seorang pelakon.

“Ia merupakan pengalaman yang cukup menyeronokkan buat Haida, apatah lagi ramai yang sudi memberi tunjuk ajar ketika di set penggambaran terutamanya Zarul Umbrella yang memegang watak sebagai suami Haida dalam cerita ini,” katanya.

Dia turut memberitahu, kerjaya lakonan yang diceburi bukan bermakna dirinya bakal melupakan bidang nyanyian yang menjadi sentiasa keutamaannya.

Lagi pula, beliau sudah merancang untuk mengeluarkan single terbaharu selepas musim Aidilfitri nanti.

haida gegar vaganza 4 rahsiakan penyakit 3

Kredit foto: Instagram Haida Hafiz

“InsyaALLAH selepas raya nanti, Haida akan keluar dengan single terbaharu sebagaimana yang telah dijanjikan kepada peminat sebelum ini.

“Buat masa ini Haida masih mencari lagu yang terbaik dan bersesuaian dengan Haida supaya bila keluar nanti semua orang akan puas hati.

“Dalam masa yang sama, Haida turut mendapat tawaran untuk merakamkan lagu di Indonesia, tetapi buat masa ini biarlah Haida belum buat apa-apa keputusan lagi dan kita tengoklah macam mana nanti,” jelasnya.

Previous
Next Post »
loading...