Kredit foto: Instagram Mat Dan
Personaliti, Mat Dan dikurniakan cahaya mata sulung berjantina lelaki pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau Kareef Danial berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi entri akaun Instagram peribadinya.
"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami
Catatan itu disertakan sekeping foto yang memperlihatkan sebahagian tubuh bayinya tetapi tidak didedahkan sepenuhnya.
Kredit foto: Instagram Mat Dan
Pengacara program Haramain Backpackers ini diijabkabulkan di Bukit Chendering, Kuala Terengganu pada 12 Mac 2017.
Majlis perkahwinan mereka berjaya dihidu media selepas foto pertunangan dengan gadis itu tular di laman sosial beberapa jam sebelum pernikahan.

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Whatsapp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi Default U ...

Sultan Pahang Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Berhat ...

248 Stesen Minyak Di Kelantan Kekal Operasi Sepanj ...