loading...

Video : Buli Harus Dihentikan, Contohi Kaum Cina – PPIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan agar pelajar berbangsa Melayu mencontohi pelajar berbangsa Cina yang tidak pernah melakukan kegiatan buli di sekolah.

 

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu seharusnya dicontohi agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan dan berlarutan pada masa hadapan.

 

“Sepatutnya pelajar kita belajar cara-cara bagaimana pelajar bangsa Cina ini (apabila mereka bergaduh) mereka akan memanggil untuk (briefing) tapi pelajar kita bergaduh.

 

“Tidak perlu ada budaya yang haprak ini. Kita kena belajar bagaimana masyarakat Cina ini membantu sesama mereka. Sebab itulah dalam perniagaan juga mereka melakukan perkara yang sama,”katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar pihak berkuasa seperti polis untuk membuat pemantauan ke sekolah dan menerima apa sahaja aduan.

 

“Kita kena buat satu kempen, dimana mereka mengadu dan polis pergi ke sekolah,”katanya.

 

Tambahnya, beliau turut meminta agar direalisasikan satu kaedah supaya pihak polis dapat bekerjasama untuk melihat sendiri perbuatan buli sekali gus dapat mencegah kegiatan itu daripada menjadi aktiviti haram yang sering menjadi ikutan dan budaya di sekolah.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...