loading...

Bau Awal Pikat Scha

KUALA LUMPUR – Ada sebab mengapa pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya memilih produk wangian sebagai rangkaian perniagaan terbaharu mereka.

 

Berkongsi rahsia, Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 33, memberitahu BH Online, produk wangian adalah pengikat kasih antara dirinya dan suami.

 

“Kami cukup meminati produk wangian. Ia memberi nilai sentimental yang menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri. Wangian yang membuatkan saya tertarik dengan Awal. Ia meninggalkan impak hingga hari ini.

 

“Masih segar bau wangian yang Awal gunakan ketika kami mula bertemu hingga membuatkan saya mahu mengenalinya dengan lebih dekat,” katanya.

 

Pasangan suami isteri itu berkongsi projek terbaharu iaitu pelancaran produk wangian untuk lelaki dan wanita sebagai pelaburan masa depan.

 

Menurut Scha, wangian Maroon daripada Scha memberi sentuhan feminin dan mewujudkan sensasi tersendiri. Bleu daripada Awal pula adalah wangian maskulin yang menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan.

 

“Produk Bleu dan Maroon dikeluarkan sebanyak 20,000 dan bakal dipasarkan melalui media sosial,” katanya.

 

Selain itu, pasangan pengacara dan pelakin itu turut mengumumkan penubuhan syarikat baharu, Lawa Events Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat penganjuran majlis dan acara.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...