loading...

Video : Walau Saya Muka Jahat, Tapi Masih Setia Pada PM – KJ

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, biarpun wajahnya kelihatan ‘jahat’ namun beliau masih setia kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata, beliau tidak kisah dirinya disifatkan sebagai ‘jahat’ oleh Ketua Pemuda negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin sebelum ini, namun tetap mempertahankan dirinya sebagai seorang yang setia kepada Presiden sehingga kini, kerana masih duduk di pentas parti keramat itu.

“Walaupun muka saya muka jahat berbanding dengan muka ‘Boboi’ (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) yang kesian, hari ini lihat siapa yang baik, dan siapa yang masih di atas sini bersama dengan Presiden,”tegasnya bersemangat ketika mengakhiri ucapan penggulungan petang tadi.

 

Khairy turut mendakwa dirinya tidak pernah meminta apa-apa untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah menjadi pemakan dedak.

 

“Saya tidak ada apa-apa jawatan. (Sedangkan) saya Ketua Pemuda (telah) menang! Tapi saya disimpankan di dalam peti ais, tuan-tuan dan puan-puan. Dia (Mukhriz) dilantik jadi Timbalan Menteri, namun saya tidak marah, saya tidak kecil hati saya tidak merajuk. (Tapi) saya (terus) istiqomah bersama dengan presiden.

 

Terdahulu, ‘Boboi’ dipercayai merujuk kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Pemimpin Umno dan perwakilan telah merujuk Mukhriz dengan nama samaran itu pada perhimpunan agung Umno kali ini dan ia satu sindiran jelas terhadap Mukhriz yang didakwa telah diberikan pelbagai jawatan sebelum ini kerana pengaruh bapanya.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...