loading...

Najib Tetap Hadir Himpunan Rohingya, Biarpun Terima Ugutan Myanmar

KUALA LUMPUR- Biarpun menerima ugutan daripada kerajaan Myanmar, selepas menyatakan hasrat untuk bersama-sama bersolidariti dalam himpunan solidariti buat bangsa Rohingya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menyatakan ikrarnya untuk hadir, esok.

 

 

Katanya, beliau tidak gentar atas semangat dan belas ihsan sesama Muslim.

 

 

“Semalam pejabat Presiden Myanmar keluarkan kenyataan, kalau saya PM hadir esok (Himpunan) mereka akan anggap saya campur tangan terhadap Myanmar.

 

“Saya nak beritahu, ini bukan soal campur tangan, ini soal pertahankan nilai kemanusiaan.

 

“Insya-ALLAH Najib Razak akan hadir, ini pendirian kita,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini. ‎

 

Dalam pada itu, Najib meningatkan Myanmar bahawa tindakan mereka menindas bangsa Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dalam komuniti Asean.

 

Najib turut menggesa kerajaan Myanmar untuk mengubah sikap dalam menangani isu Rohingya.

 

Esok, seluruh negara bakal berhimpun menyatakan solidariti berhubung isu Rohingya, di ibu kota.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...