loading...

Video : Saiful Bukhari Dukacita Tun M, Anwar Berbaik

KUALA LUMPUR – “Amat mendukacitakan apa yang berlaku,”kata bekas pembantu peribadi ketua pembangkang, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulas hubungan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sudah kembali ‘berbaik’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai hubungan kedua tokoh yang selama ini bermusuh di gelanggang politik.

 

“Pada saya itu politik. (Saya sebenarnya tak mahu campur). Tapi secara peribadi, ia sesuatu yang ‘mendukacitakan’. Apabila dia (Tun M) berbuat begitu. Saya cuba memahami. Saya (rasa) dia menyokong secara politik sahaja. Saya bukan ahli politik. Ini kerana saya secara langsung terlibat dalam kes (liwat) tersebut.

 

“Pada saya itu satu perkara yang mendukacitakan, bila dia (Tun M) berbuat begitu,”katanya ketika ditemui SuaraTV, di gerai jualan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016), sebentar tadi.

 

Sebelum ini, Tun Mahathir dan Anwar berbaik selepas 18 tahun pergaduhan politik.

 

Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi

 

Terdahulu, Saiful menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas ketuanya berhubung kes liwat II kerana tidak mampu membiayai kos guaman.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...