loading...

Video : Saiful Bukhari Tawar Diskaun Di Gerai Jualan PAU 2016

KUALA LUMPUR – Jika semalam, gerai jualan Rozita Che Wan dijejak, kini SuaraTV menerjah gerai jualan pembantu bekas ketua pembangkang, Saiful Bukhari Azlan dan isterinya, bekas pembaca berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman yang turut serta memeriahkan gerai jualan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016).

 

Biarpun baharu pertama kali berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kedua pasangan ini teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

 

Berkongsi perniagaan di bawah jenama Nang Surya, pasangan berkenaan berkata, selama dua tahun mereka telah menjalankan perniagaan di bawah jenama tersebut.

 

 

 

 

 

“Dan kini jenama kami ada butik di Terengganu, Di KL, kami ada tempat penyimpanan atau stor simpanan stok barangan dimana kami boleh diliver ke seluruh Malaysia, melalui online,”katanya yang mengetengahkan perniagaan menjual pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket warisan turun temurun.

 

Dalam pada itu, kerana hari ini merupakan hari terakhir, Saiful Bukhari menawarkan harga diskaun bagi kepada orang ramai dan perwakilan supaya turun di gerai jualannya di sini.

 

Terdahulu, seramai 250 usahawan yang mengendalikan gerai pameran Perhimpunan Agung UMNO 2016.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...