loading...

Video : Komen MT UMNO Selepas Penggulungan PAU2016

KUALA LUMPUR –  Kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sependapat memberikan pandangan mereka mengenai ucapan penggulungan perbahasan usul akhir Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

 

Beberapa MT yang ditemui selepas penggulungan itu bersetuju dengan ucapan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat jelas memberikan ingatan supaya orang Melayu juga perlu bersatu demi kepentingan umat Islam dan kegemilangan negara.

 

 

Bahkan, MT UMNO turut berpandangan bahawa Najib seorang pemimpin yang bersemangat yang mana soal dalaman parti berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaannya.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi berkata, biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Najib seorang pemimpin yang tidak akan mengalah dengan mudah.

 

“Dia seorang pemimpin yang tidak akan mengalah dengan apa sahaja tekanan baik tekanan di dalam mahupun di luar. Tekanan di dalam adalah, apabila dia menyatakan dia akan melawan segala pembohongan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

“Dan ketegasannya dalam isu luar pula ialah dia mengatakan kalau betul itu adalah ugutan daripada Presiden Myanmar, dan besok dia tetap akan datang ke perhimpunan itu mesej yang paling penting dan kita merasakan bahawa, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa kali ini dia akan bertegas.,”katanya ketika ditemui selepas ucapan penggulungan Presiden di PWTC di sini petang tadi.

 

Tambahnya, yang kedua mesej penting yang disampaikan Perdana Menteri, dimana jangan memandang enteng kepada kekuatan pembangkang.

 

 

 

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Najib telah memberikan semangat kepada ahli dan perwakilan UMNO yang hadir.

 

Apa yang penting, katannya UMNO kini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adenan Tengku Mansor berkata, ucapan Presiden adalah jelas menunjukkan bahawa untuk memenangi hati rakyat UMNO harus ‘turun ke bawah’.

 

“Beliau (Najib) menyuruh semua perwakilan, ketua-ketua bahagian, pemuda, wanita, puteri supaya balik ‘turun ke bawah’ untuk berjumpa dengan rakyat dan pengundi untuk menyelesaikan masalah rakyat untuk menenag dalam pilihan raya akan datang,”katanya.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...