KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menafikan satu posting yang viral di media sosial mendakwa bahawa seluruh negara akan bergelap pada Ahad (18 Dis) ini.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB Datuk Mohd Aminuddin Amin menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan di media sosial.
“Pengguna dinasihat agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan di
Menurut posting berkenaan, pada 18 Dis ini negara akan bergelap dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.
Mohd Aminuddin juga meminta supaya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja-kerja berkala TNB supaya melayari laman web syarikat itu.
“Pengguna boleh melayari laman web kami di https://www.tnb.com.my/ ataupun menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian 1300885454,” katanya. — Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Mahadi Bz Biodata, Kerjaya & Isu Scammer ...

Buffalo Lancar Edisi Terhad Storan Luar Hdd Lutsin ...

Bwm R1250rt, R1300gs Bantu Tugasan Eskot, Kawalan ...

#mas2025: Audi Q7 S Line 2025 Ckd Rasmi Lancar - S ...