loading...

Pas Mampu Pengaruhi Pakatan Harapan

WALAUPUN Pakatan Harapan sudah menghulurkan tangan untuk kerjasama dengan Bersatu, ketiadaan Pas bagaimana pun tidak seharusnya dipandang sepi dan ia sememangnya menjadi cabaran kepada Pakatan Harapan.

 

Lidah pengarang Sin Chew Jit Poh berpendapat, sehingga hari ini, bentuk kerjasama antara parti-parti pembangkang masih belum jelas dan muktamad.

 

“DAP yang berpendirian ingin bekerjasama dengan Bersatu membuktikan parti ini sudah menolak Pas secara terang-terang, namun parti ini tidak menghalang Bersatu dan PKR untuk berunding dengan Pas mengenai pembahagian kerusi.

 

“Oleh itu, ini menunjukkan bentuk dan cara kerjasama antara pakatan pembangkang ini sentiasa berubah. Demi kepentingan politik masing-masing, hubungan antara Pakatan Harapan dengan Bersatu serta Pas bakal menentukan masa depan pakatan pembangkang secara keseluruhannya,” kata akhbar ini.

 

Menurut akhbar ini, Pas sebenarnya mampu pengaruhi masa depan Pakatan Harapan dan hakikatnya perlu

difikirkan secara mendalam oleh pemimpin DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.

 

Kata akhbar ini, kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak bersedia menyerahkan kerusi milik mereka kepada parti-parti pembangkang lain dan ditambahkan lagi Amanah dan Bersatu yang masih terlalu asing bagi pengundi adalah dua isu besar yang perlu dihadapi oleh Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.

 

“DAP dan Amanah seperti yang diketahui ramai enggan kerjasama dengan Pas, dan pada masa yang sama, PKR dan Bersatu pula masih mengharapkan peluang untuk menarik Pas bersama dengan mereka.

 

“Melihat keadaan ini, tidak dinafikan Pas mempunyai kedudukan penting dalam menentukan bentuk kerjasama yang ingin dilahirkan antara parti-parti pembangkang tersebut.

 

“Semua pemimpin pembangkang seharusnya sedar bahawa Pas masih boleh membantu mereka dalam mencapai kemenangan dalam PRU akan datang,” tulis akhbar ini lagi.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...