KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan pelaburan bernilai RM150.8 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama dalam tempoh sembilan bulan pertama 2016.
Walaupun jumlah berkurangan 3.7 peratus daripada projek bernilai RM156.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, ia dijangkakan mewujudkan 117,550 peluang pekerjaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, keseluruhan prestasi pelaburan bagi seluruh 2016 mampu bertahan meskipun persekitaran global yang mencabar.
Beliau berkata, pelaburan domestik menyumbang 74.8 peratus daripada jumlah pelaburan sebanyak RM112.8 bilion, manakala selebihnya melibatkan pelaburan asing.
“Sektor perkhidmatan menarik bahagian terbesar pelaburan diluluskan, menyumbang 71.9 peratus atau RM108.4 bilion, diikuti sektor pembuatan dengan pelaburan sebanyak RM40.7 bilion atau 27 peratus, manakala sektor utama dengan pelaburan diluluskan sebanyak RM1.7 bilion atau 1.1 peratus,” katanya.
Mustapa berkata, bagi tempoh Januari-September 2016, nilai pelaburan sektor perkhidmatan meningkat 26.2 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata, projek-projek tersebut dijangka mewujudkan 69,660 pekerjaan dengan lebih 95 peratus dalam perdagangan pengedaran, status Koridor Raya Multimedia, hotel dan pelancongan, pendidikan serta penubuhan global.
Beliau
Dalam sektor pembuatan pula, beliau berkata, pelaburan yang diluluskan bagi sektor tersebut berkurangan 39 peratus bagi tempoh Januari-September daripada tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata, jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan adalah dalam produk petroleum termasuk petrokimia (RM9.4 bilion), barangan elektronik dan elektrik (RM7.3 bilion), gas asli (RM3.7 bilion) dan pembuatan makanan (RM3.3 bilion).
Pelaburan lain adalah dalam kelengkapan pengangkutan (RM3 bilion), produk logam asas (RM3 bilion), produk kimia dan bahan kimia (RM2.7 bilion), mineral bukan metalik (RM1.7 bilion), serta mesin dan peralatan (RM1.3 bilion).
“Ini menjadikan 87 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor ini,” katanya.
Mustapa berkata, walaupun nilai pelaburan domestik yang diluluskan susut 57.8 peratus kepada RM21.3 bilion, pelaburan asing sektor pembuatan meningkat 12.9 peratus kepada RM19.4 bilion semasa tempoh berkenaan.
Beliau berkata, sumber utama pelaburan asing ialah dari Netherlands, China, UK, Singapura dan Jepun.
“Kelima-lima negara ini bersama-sama menyumbang 57 peratus jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor pembuatan bagi tempoh Januari-September,” katanya. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Kelibat Puntianak Di Lokasi Kemalangan Lori ...

Isu Tco: Fitnah! Mb Terengganu Tak Pernah Tarik Ba ...

De Bruyne Tiada Pengganti ...

Prototaip Mazda3 Concept 2025 Hadir Di Bermaz Auto ...