Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemui maut selepas disedut dan tersekat dalam sebuah paip air milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM), Sabtu lepas.
Kejadian berkenaan berlaku di Gorontalo, Indonesia.
Gambar budak 9 tahun maut tersekat dalam paip air
Menurut laporan Radar Gorontalo, Riky Dehu dikatakan
asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan air kerana menyangka ianya cetek. Mangsa kemudian disedut oleh paip berkenaan.
Orang awam yang menyedari kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa tetapi dia tersekat dan terpaksa dikeluarkan bersama paip tersebut.
Selepas paip jenis PVC berkenaan dibelah, mangsa ditemui telah meninggal dunia.
Kejadian masih disiasat oleh polis. [Sinar Harian]
Category: DUNIA

Stpm 2025: Jadual Waktu Peperiksaan Stpm Semester ...

30 Pemenang Bertuah Menang Hadiah Bernilai Rm200,0 ...

Redmagic Astra Tablet Gaming Dengan Cip Snapdr ...

Kelantan Masih Tertinggi Kes Bahan Terlarang, Liba ...