Pelbagai versi cerita disebarkan sejak berlakunya kemalangan melibatkan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap yang putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang.
Menurut laporan asal, ketika kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.
Berikutan itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun sebelum kakinya digilis lori yang dipercayai membawa muatan tanah. Kakak tirinya pula tercampak ke kiri jalan dan cedera pada bahagian badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.
Pada awalnya ramai yang menyalahkan pemandu lori yang menggilis kaki pelajar berkenaan. Apatah lagi, ada sumber mendakwa pemandu lori berkenaan melarikan diri setelah kemalangan berlaku.
Namun begitu, menerusi sumber media sosial ada yang menjelaskan pemandu lori tersebut telah membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan. Begitu juga dengan pemandu Perodua Kancil itu.
Setelah mendapat beberapa keterangan, ramai yang mendakwa pemandu Perodua Kancil adalah punca kemalangan berkenaan. Oleh itu, kecoh di media sosial dengan kecaman terhadap pemandu tersebut.
Memetik sumber Sinar Harian, anak pemandu Perodua Kancil mohon henti fitnah ibunya punca pelajar putus kaki dan memohon semua pihak bersabar serta menunggu siasatan pihak berkuasa.
“Tolonglah jangan
Mia meluahkan perasaan sedih selepas ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun itu, terlibat dalam nahas di Parit 16 Sungai Panjang mengakibatkan pelajar tingkatan satu putus dua kaki.
Anak pertama daripada enam beradik itu berkata, kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata yang mengguris perasaan.
“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.
“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.
Ibunya menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa menyara mereka sekeluarga selepas kematian bapanya, 14 tahun lalu. Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika ibunya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah di sini.
Apapun menurut laman yang sama, pembaca nampaknya tidak berapa bersetuju dengan apa yang diperkatakannya. Mereka masih mempertikaikan kecuaian pemandu Perodua Kancil tersebut yang menyebabkan pelajar itu hilang kedua-dua belah kakinya.
Category: INFO SEMASA

Tarif Balas Trump Berpotensi Jejas Strategi Appl ...

Honor Mungkin Skip Telefon Lipat Magic V4 ...

Zarina Anjoulie Nafi Hamil, Dakwa Saixse Pernah Pa ...

Dbkl Rancang Perluas Penggunaan Kamera Badan Pada ...