Nampak gayanya senarai pemain import Kelantan 2016 sudahpun lengkap. Kalau sebelum ini, hanya Jonathan McKain yang dikekalkan dari musim 2015. Itupun disebabkan kontrak beliau masih ada setahun lagi dan khidmatnya masih diperlukan pasukan.
Menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan senarai tiga lagi pemain import baru Kelantan bagi saingan Liga Super 2016.
“Selepas Sekian lama mencari KELANTAN memilih utk MENAWARKAN 3 pemain import utk menyertai PQP TRW 16….ITALIAN/BRAZILIAN JONATAN LUCCA 22,box to box MF,MALIAN DRAMANE TRAORE STRIKER/M-LEAGUE TOP SCORER 2015 Dan JOHNATHAN APARECIDO DE SILVA 25,BRAZILIAN STRIKER(one of the top scorer KOREAN LEAGUE)…tertakluk kepada penerimaan mereka serta mereka melepasi ujian Perubatan dan kecergasan yg ketat,MEREKA DI HARAP DAPAT MEMBAWA CABARAN KELANTAN MUSIM INI..TRAORE di jadual tiba di KB MLM
Menurutnya, Kelantan bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Jonatan Lucca, Dramane Traore dan Johnathan Aparecido de Silva. Namun begitu, jelas beliau lagi ia bergantung kepada ujian perubatan dan kecergaan yang bakal mereka lalui.
Selain daripada senarai pemain import Kelantan 2016 anda juga boleh lihat senarai penuh PEMAIN IMPORT PASUKAN LIGA SUPER 2016 disini!
Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Kelantan Makin Panas ! Jenayah Naik 15 Peratus, Ke ...

Cuma Ada Rm500? Muntazar Ghufran Nafi Tak Mampu Ka ...

Fail Rayuan: Anwar Hormat Keputusan Mahkamah, Tiad ...

Senarai Cat Cafe Di Malaysia 2025 (kl & Selang ...