loading...

Keluarga Wanita Dibunuh Mahu Pelaku Dikenakan Hukuman Setimpal

Keluarga wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap dan tangan diikat di sebuah kebun getah di Kampung Lukut, Batu Ampat, Isnin lepas mahu pelaku yang memperlakukan arwah sedemikian dikenakan hukuman setimpal.

 

Ibu saudara mangsa, Norliah Ibrahim, 61, berkata anak saudaranya, Rovina Mohd Sharif, 37, merupakan seorang yang peramah dan ibu kepada lima orang anak.

 

“Kali terakhir makcik berjumpa Rovina pada malam Sabtu 10 Disember kira-kira pukul 8 malam, arwah menumpang pakciknya untuk pulang ke rumah sewanya namun sebaik tiba di bandar, dia memaklumkan mahu berjumpa dengan rakannya,” kata beliau ketika ditemui, di Kota Tinggi semalam.

 

Keesokan hari, katanya anak sulung Rovina yang berumur 17 tahun datang ke rumahnya memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah pada malam itu.

 

“Anaknya menyangka ibunya tidur di rumah makcik. Kami pun tidak berfikir apa-apa sehinggalah mengetahui berita tentang kematiannya yang membuatkan kami sangat terkejut,” katanya.

 

Norliah berkata dia juga didatangi anggota polis yang memintanya hadir ke balai polis petang Selasa 13 Disember yang ketika itu dia tidak tahu anak saudaranya sudah meninggal.

 

Katanya dia menganggap arwah sebagai anaknya sendiri kerana dia telah menjaga anak saudaranya itu dari kecil sehingga mendirikan rumah tangga.

 

Menurutnya, arwah merupakan seorang janda selepas dua kali bercerai, dengan empat anaknya kini tinggal bersama bekas suami, manakala anak sulungnya tinggal dengan arwah.- Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...