loading...

Sarah Bakal Berduet Dengan Tam Spider 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sarah Raisuddin, 32, berkongsi keterujaan bakal muncul dengan dua single terkini, tahun depan, termasuk sebuah lagu duet bersama Tam Spider.

 

Penerbitan single terbaharunya itu bakal mengubat kerinduan peminat selepas kali akhir naib juara program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga ini merakamkan suara bersama suami, Shuib Sepahtu, sekitar lima tahun lalu menerusi karya berjudul Cinta Itu Nyawa.

 

Mengikut rencana asal, Sarah sepatutnya muncul bersama lagu terbaharu, tahun ini, namun berikutan beberapa sebab tidak dapat dielakkan selain komitmennya terhadap GV3, perancangan berkenaan terpaksa ditunda seketika.

 

“Buat permulaan, lagu solo saya yang akan dipromosikan terlebih dulu. Proses rakaman lagu berkenaan pula akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

 

“Saya juga teruja untuk berduet dengan Tam Spider kerana beliau memiliki vokal yang bagus dan serak-serak basah. Saya sebenarnya tidak sabar untuk menghadiahkan peminat dengan lagu baharu selepas sekian lama mereka ternanti-nantikan buah tangan terkini,” katanya yang ketika ini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

 

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan itu juga sedang merangka strategi untuk memperkembangkan perniagaan dengan menjual produk seperti kanta lekap, bulu mata, kolagen dan gincu bibir.

 

“Saya ingin memanfaatkan peluang yang ada dengan berniaga. Ramai artis serius menjana pendapatan sampingan menerusi perniagaan, jadi saya juga mahu melakukan perkara sama.

 

“Tambahan pula, apa yang saya ingin pasarkan itu nanti cukup rapat dengan golongan wanita yang mementingkan kecantikan,” katanya yang sudah enam tahun bergelar isteri.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...