loading...

Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016

KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016. Selepas dua hari bersidang, dewan menyambung semula perbahasan usul ekonomi.

 

Sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.

 

Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan.

 

Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

 

Perhimpunan agung dijadual tamat pada 6.30 petang dan diikuti sidang media oleh pimpinan utama parti.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...