loading...

Faye Kusairi Bakal Ambil Tindakan Pihak Sebar Fitnah Di IG

Pelakon Faye Kusairi menyedari ada pihak cuba merosakkan hubungannya dengan kekasihnya itu ekoran tersebarnya beberapa berita negatif.

 

 

Memetik laporan mStar online, Faye berkata, individu tersebut mewujudkan Instagram (IG) yang menyiarkan foto-foto peribadinya sehingga mendorong pengikut untuk meninggalkan komen negatif.

 

 

“Saya sedar tentang wujudnya laman sosial tersebut, mereka juga sebarkan berita tentang saya kononnya saya sudah putus dan Azmi ada perempuan lain serta macam-macam lagi fitnah.

 

 

“Foto-foto saya juga diambil dan dimuat naik dalam IG itu bertujuan tidak baik. Tapi nak buat macam mana kita tidak boleh halang orang untuk membenci kita,” katanya.

 

 

Instagram yang menggunakan nama @kakimemekak diwujudkan sejak Oktober lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Laman sosial itu memaparkan beberapa gambar pelakon berkenaan dengan kapsyen negatif.

 

 

Tambahnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu berkenaan berterusan memfitnah dirinya.

 

 

“Saya pernah buat laporan polis tentang akaun palsu @FayeKusairi_sy dan saya akan lakukannya untuk akaun ini jika ia keterlaluan. Sebenarnya bukan susah nak tahu siapa yang buat Instagram palsu begini, ada pihak yang boleh membantu kita menyelesaikan perkara ini.

 

 

“Saya tidak boleh buat apa kalau ada orang ingin jatuhkan maruah dan buka aib saya, saya hanya boleh mendoakan agar mereka diberi hidayah dan buat benda yang lebih bermanfaat,” katanya.

 

 

Terdahulu kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein mendapat liputan meluas media sehingga pelakon ini dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap Faye menjadi orang ketiga punca perceraian Elly dan suaminya, pengarah drama, Azmi Hatta.-MD



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...